Sajian ini sentiasa menggoda dengan paduan rasa coklat pekat dan biskut rangup. Resepi kek batik yang mudah ini amat sesuai dijadikan hidangan keluarga atau untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan.
Anda pasti akan terpesona dengan citarasa yang kaya dengan coklat, rangup tapi lembut saat dikunyah. Dalam resipi ini, penggunaan biskut Marie adalah wajib kerana ia merupakan kunci kepada kerangupan kek batik.
Ayo, marilah kita cuba!
Baca seterusnya: 5 Jenis Santan Kotak Dan Kegunaannya, Ketahui Mana Yang Sesuai Untuk Memasak Lebih Enak
RESIPI KEK BATIK MUDAH
Bahan-Bahan:
- 1/2 pek biskut Marie original
- 1 pek biskut Marie coffee (penting untuk rasa unik!)
- 250g mentega/butter (Buttercup juga boleh digunakan)
- 200g serbuk Milo/Vico
- 4 sudu besar serbuk koko
- 3/4 tin susu pekat
- 1 sudu kecil emulco coklat
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/4 sudu kecil serbuk Nescafe 3-in-1 atau serbuk kopi
- 1/2 cawan air masak
Cara-Cara:
1. Panaskan kuali di atas api sederhana. Cairkan mentega/butter hingga betul-betul cair.
2. Tuangkan susu pekat ke dalam mentega cair lalu kacau hingga rata.
3. Masukkan Milo, serbuk koko, air masak, emulco coklat, serbuk Nescafe, dan garam. Kacau perlahan-lahan sehingga adunan menjadi pekat dan berkilau.
4. Hancurkan kasar biskut Marie original dan biskut Marie coffee. Masukkan ke dalam adunan coklat dan gaul rata selama lebih kurang 5 minit hingga semua biskut tersalut coklat dengan sempurna.
5. Lapik loyang bersaiz 7-8 inci dengan plastik supaya ia mudah dikeluarkan kemudian.
6. Masukkan adunan kek batik ke dalam loyang, dan gunakan plastik untuk menekan adunan agar padat dan kemas. Tekan kuat-kuat agar tekstur lebih kemas dan berlapis.
7. Simpan loyang dalam peti sejuk selama beberapa jam atau semalaman sehingga kek menjadi padat sepenuhnya.
8. Tarik plastik untuk mengeluarkan kek dari loyang, kemudian potong ikut saiz yang disukai.
Tip Penting:
- Biskut Marie coffee memberikan cita rasa yang istimewa.
- Gunakan pisau tajam dan panaskan sedikit sebelum memotong untuk hasil potongan yang kemas.
- Kek ini sesuai disimpan dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk agar tahan lebih lama.
Sumber: Almie Amira
Baca seterusnya: Resipi Nasi Goreng Tomyam Semudah ABC, Masak Sendiri Lagi Enak Dari Kedai!