Coklat Ganache Mewah dengan Serbuk Koko: Resepi Mudah yang Memukau!


resepi coklat ganache

Resepi coklat ganache ini benar-benar melengkapi kek coklat yang lembap. Tanpa hiasan ini, kek coklat akan terasa hambar dan kurang berkesan.

Hakikatnya, tiada keperluan untuk menggunakan bahan yang mahal bagi menghasilkan coklat ganache yang enak dan terasa seperti jenama ‘premium’.

Ini merupakan salah satu cara paling praktikal yang boleh dicuba kerana hanya memerlukan 4 bahan iaitu serbuk koko, minyak, susu segar serta susu pekat manis.

Baca juga: Cara Buat Kek Coklat Moist Kukus, Makan Banyak Pun Tak Rasa Muak

RESEPI COKLAT GANACHE GUNAKAN SERBUK KOKO

resepi coklat ganache

Bahan-bahan:

Cara-cara:

  1. Gabungkan semua bahan iaitu serbuk koko, minyak masak, susu penuh krim, dan susu pekat manis ke dalam periuk.
  2. Gaul hingga merata dan masak dengan api kecil.
  3. Kacau perlahan sehingga ganache berbuih (elakkan daripada mendidih terlalu kuat).
  4. Jika ingin ganache yang lebih cair, tambah lagi ½ cawan susu penuh krim.
  5. Apabila sudah masak, biarkan ia benar-benar sejuk sebelum memasukkannya ke dalam bekas tertutup. Boleh disimpan selama 3 hari pada suhu bilik, tidak perlu dimasukkan ke dalam peti ais.

Info penting: Jangan simpan ganache ketika masih panas kerana ia akan berpeluh dan cepat rosak.

Sumber resepi dan gambar: Srikandi Shar

Baca juga: Kek Coklat Cheese Kukus, Saiznya Yang Kecil Comel Senang Nak Makan!



Sumber pautan

Scroll to Top