Ramadan tidak akan lengkap tanpa mengunjungi bazar Ramadan. Di samping pelbagai jenis makanan, air balang juga merupakan daya tarik utama para pengunjung. Salah satu yang paling terkenal tentulah air coklat yang kaw!
Macam mana jika untuk Ramadan kali ini, kita cuba membuat sendiri di rumah menggunakan resipi yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama NH Yma Nisma di bawah. Bukan sahaja lebih menjimatkan, malah lebih memuaskan!
Baca juga: Resipi Koktel Buah Susu Untuk Berbuka, Nikmat Berbeza Apabila Menikmatinya!
RESEPI AIR COKLAT VANILLA
Bahan-bahan:
Cara-cara:
- Sediakan pengisar. Tambahkan susu penuh krim, aiskrim coklat dan kepingan coklat hazelnut. Kisar semua bahan sehingga sebati.
- Masukkan ais ke dalam jug. Jumlah ais bergantung kepada citarasa masing-masing.
- Seterusnya, tuangkan air coklat yang sudah dikisar ke dalam jug berisi ais tersebut. Gaul sehingga semuanya bercampur rata.
- Selepas itu, letakkan aiskrim vanilla dan kepingan coklat hazelnut di atas air sebagai hiasan.
- Tunggu waktu berbuka puasa dan siap untuk dinikmati!
Info: Kepingan coklat juga boleh dicairkan untuk dicampurkan semasa mengisar. Jika anda ingin rasa coklat yang lebih kuat, boleh tambahkan kuantiti aiskrim coklat tersebut.
Sumber resipi dan gambar: NH Yma Nisma
Baca juga: Cara Buat Air Bandung Laici Aiskrim Yang Menggoda, Tak Sabar Untuk Berbuka!