Crispy Air Fryer Fried Garlic: Indulge in Perfect Crunch Without the Oil!


bawang goreng

Jika sebelum ini kita selalu membeli, kali ini mengapa tidak kita cuba untuk membuat bawang goreng sendiri di rumah? Ternyata ia tidak sulit untuk menghasilkan bawang goreng yang rangup dan enak.

Dengan cara yang telah dikongsikan oleh Noor Ashikin Saerah di bawah, anda tidak perlu menggunakan minyak kerana bawang akan dimasak menggunakan air fryer.

Walaupun memanfaatkan air fryer, hasil bawang yang dimasak tetap rangup dan sempurna seperti yang digoreng dengan minyak. Bagi sesiapa yang memiliki air fryer, jangan lepaskan peluang untuk mencuba resepi ini!

Baca juga: Resipi Telur Masak Bawang, Menu Berbudget Tapi Sedap Gila!

RESEPI BAWANG GORENG RANGUP

Bahan-bahan:

Cara penyediaan:

  1. Kupas kulit dan bersihkan bawang kecil hingga bersih.
  2. Hiris tipis dan sagat bawang kecil.
  3. Rendam sekejap hirisan bawang dalam air. Toskan.
  4. Gaul hirisan bawang dengan sedikit minyak masak.
  5. Masukkan hirisan bawang sedikit demi sedikit ke dalam ‘air fryer’.
  6. Goreng pada suhu 120°C selama 15 hingga 17 minit. Kuis-kuiskan bawang setiap 5 minit.
  7. Keluarkan bawang goreng apabila warnanya telah berubah keperangan.
  8. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Kredit resipi dan gambar: Noor Ashikin Saerah

Baca juga: Resipi Sambal Nasi Lemak, Untuk Rasa ‘Lejen’ Kena Guna Bawang Jenis Ini



Source link

Scroll to Top