Crispy Choco Rice Cookies: The Wallet-Friendly Recipe Taking Over the Internet!


biskut coklat rice

Biskut coklat rice yang popular ini tidak hanya enak, tetapi juga sangat mudah dibuat. Resipi daripada Lynda Lynn Blossom ini merupakan versi mesra bajet dan boleh dicuba oleh siapa pun!

Di samping itu, biskut ini pasti akan menjadi kegemaran ramai terutamanya kanak-kanak, kerana kombinasi rasa coklat manis dan tekstur garing dalam setiap suapan. Jadi, tunggu apa lagi? Jom kita semak resipi lengkap di bawah.

Baca juga: Resipi Biskut Coklat Chip Mudah, Hanya Guna Sebuku Butter Dapat 200 Biji!

RESEPI BISKUT COKLAT RICE

biskut coklat rice

Bahan-bahan biskut:

  • 150g butter mas*
  • 100g majerin bunga mas vanila*
  • 100g gula aising (kurangkan mengikut selera manis)*
  • 1 biji kuning telur*
  • 50g susu tepung
  • 50g serbuk koko
  • 30g nestum
  • 100g tepung jagung
  • 220g tepung gandum

(Jika adunan terlalu lembik, tambahkan sedikit tepung gandum)

Bahan topping coklat:

  • 150g dark coklat (seperti Beryls atau sebarang coklat pilihan)
  • 100g coklat masakan
  • 1 sudu kecil cocoa butter (supaya coklat cepat mengeras)

Cara-cara penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan yang bertanda * dan kacau hingga rata.
  2. Masukkan kuning telur dan teruskan adunan hingga bercampur rata.
  3. Tambahkan susu tepung, serbuk koko, nestum dan tepung jagung. Kacau hingga semua bahan tersebut tercampur dengan baik.
  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh. Jika adunan terasa berat, uli menggunakan tangan.
  5. Jika adunan terlalu lembik, tambahkan sedikit tepung gandum sehingga adunan tidak melekit tetapi masih lembut. Tekstur ini akan memberikan biskut yang rangup atau keras kejung.
  6. Tekapkan adunan menggunakan acuan biskut pilihan anda. Susun biskut di atas dulang pembakar.
  7. Bakar pada suhu 140°C selama 25 minit (menggunakan oven convection dengan 8 tray). Suhu rendah dan masa bakar panjang akan memastikan biskut masak dengan sekata dan memberikan tekstur yang rangup tanpa bau hangit dari koko.
  8. Apabila biskut telah sejuk, celup permukaan biskut ke dalam coklat yang dicairkan menggunakan teknik double boiling.
  9. Sebelum coklat mengeras, taburkan chocolate rice di atas permukaan biskut yang telah disalut coklat.

Sumber: Lynda Lynn Blossom

Baca juga: Resipi Biskut Makmur Sabah, Tekstur Sangat Rangup & Cair Dalam Mulut!



Pautan sumber

Scroll to Top