Crispy Dal Peanut Rempeyek: One Bite and You’ll Crave More!


rempeyek kacang dal

Rempeyek kacang dal merupakan salah satu snek kesukaan ramai apabila tiba musim perayaan. Rasa yang rangup dan kaya dengan rempah pasti membuatkan kita tidak sedar telah asyik mengunyah. Tahu-tahu, sudah tinggal separuh balang!

Jika ada yang ingin mencuba membuat sendiri, anda boleh variasikan bahan dengan menggunakan kacang dhal, kacang tanah, atau kacang hijau. Setiap jenis mempunyai rasa yang tersendiri dan keenakan yang unik.

Baca juga: Rahsia Membuat Kuih Tiram Yang Rangup & Berlapis Cantik, Sepinggan Memang Tak Cukup!

RESEPI REMPEYEK KACANG DAL

rempeyek kacang dal

Bahan-bahan:

  • 500 gram tepung beras
  • 2 biji telur
  • 5 cawan santan
  • 250 gram ikan bilis (dibersihkan dan tos kering)
  • 400 gram kacang dal (rendam semalaman)
  • 2 sudu besar ketumbar
  • 2 sudu besar jintan manis
  • 2 sudu besar jintan putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 sudu kecil air kapur (untuk kerangupan)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Rendam kacang dal semalaman supaya ia menjadi lebih lembut dan mudah dimasak semasa menggoreng. Toskan dan ketepikan.
  2. Sangai (goreng tanpa minyak) ketumbar, jintan manis dan jintan putih seketika hingga mengeluarkan aroma. Kemudian kisar halus bersama bawang putih dan kunyit hidup.
  3. Dalam mangkuk besar, gabungkan tepung beras, telur, santan, bahan kisar tadi, air kapur dan garam. Kacau hingga rata untuk membentuk adunan yang tidak terlalu pekat atau cair.
  4. Masukkan ikan bilis dan kacang dal ke dalam adunan. Gaul sehingga rata.
  5. Panaskan minyak dalam kuali yang dalam. Apabila minyak sudah cukup panas, cedok adunan rempeyek menggunakan senduk atau sudu kecil dan tuangkan ke tepi kuali perlahan-lahan. Pastikan minyak mencukupi untuk merendam rempeyek.
  6. Goreng dengan api sederhana sehingga rempeyek berwarna kekuningan dan garing. Angkat dan toskan minyak di atas tisu dapur.
  7. Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kerangupannya.

Tips:

  • Jika ingin mencuba variasi, anda boleh menggantikan kacang dal dengan kacang tanah yang telah dibuang kulit dan dibelah dua.
  • Untuk hasil yang lebih rangup, pastikan adunan tidak terlalu cair dan goreng dalam minyak yang cukup panas.

Sumber: Heliza Jeran

Baca juga: Petua Kacang Tanah Yang Rangup & Wangi, Rupanya Kena Goreng Mengikut Cara Ini!



Source link

Scroll to Top