Mungkin ada yang tidak terlalu gemar untuk menikmati peria. Namun, tahukah anda bahawa peria sangat lezat jika digoreng garing? Bila mencicipi peria goreng yang rangup ini, pasti akan ketagihan dan ingin terus menikmatinya!
Bagi mereka yang belum terbiasa memasak peria, tentu merasa bimbang untuk mencubanya, bukan? Takut rasanya pahit atau hasilnya tidak memuaskan.
Jika anda ingin mengetahui cara untuk menggoreng peria yang renyah dan sedap, mari kita lihat resepi peria goreng crispy dari Dee Noorfaizura ini.
Baca juga: Resipi Kuih Cara Manis Inti Gula Merah, Apabila Digigit Terasa Kemanisannya!
RESEPI PERIA GORENG CRISPY
Bahan-bahan:
- Peria
- Garam (untuk meramas peria dan merendam)
- Tepung serbaguna
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
- Bersihkan peria hingga bersih, kemudian sagat setipis mungkin.
- Setelah selesai menyagat, ramas peria dengan garam tanpa menambah air (kering). Kemudian, bilas hingga bersih.
- Seterusnya, rendam peria dengan garam dan simpan dalam peti sejuk selama sehari.
- Selepas sehari, toskan air dan lap peria dengan tisu untuk mengeringkannya.
- Taburkan tepung serbaguna ke atas peria dan gaul hingga rata.
- Goreng dalam minyak panas hingga garing dan berwarna keperangan. Pastikan peria tidak bergumpal agar kekal rangup.
- Apabila warnanya sudah keemasan, angkat dan toskan minyak.
- Selesai!
Kredit resepi dan gambar: Dea Noorfaizura
Baca juga: Resipi Dessert Cheese Indulgence, Setiap Suapan Rasa Lembut Berkrim!