Walaupun kini terdapat banyak kuih kontemporari menjelang Hari Raya Aidilfitri, kuih tradisional tetap menjadi pilihan utama kita. Salah satunya ialah kuih gunting ini.
Teksur yang rangup dan rasa pedas-pedas manja, memang membuatkan kita asyik menikmati hingga tidak sedar habis sebekas! Itulah kuasa kuih gunting.
Kuih ini lebih sedap jika disediakan sendiri, kerana kita boleh menyesuaikan tahap kepedasan dan masin mengikut cita rasa. Jika ingin mencuba, ikuti resipi daripada Puan Salmah Hj Hassan di bawah.
Baca juga: Resipi Biskut Coklat Chip Mudah, Hanya Dengan Sebuku Butter Dapat 200 Biji!
RESEPI KUIH GUNTING RANGUP & PEDAS
Bahan-bahan:
- 1 kg tepung gandum
- 250 g marjerin
- 1 biji telur
- 1 kiub ikan bilis
- Minyak (untuk menggoreng)
- 100 g bawang merah
- 50 g bawang putih
- 50 g ikan bilis
- 50 g udang kering
- Cili kering (mengikut selera)
- 10 g garam
- 10 g serbuk perasa
- 200 ml air (untuk mengisar)
Bahan-bahan yang diberi tanda * perlu dikisar.
Cara-cara:
- Gabungkan tepung gandum dengan marjerin, kemudian masukkan telur. Gaul hingga rata.
- Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih, ikan bilis, udang kering, cili kering, garam dan perasa). Uli hingga sebati. Tambah daun kari yang telah dicincang halus dan terus uli sehingga adunan tidak melekat pada jari. Pastikan doh tidak terlalu lembek atau terlalu keras.
- Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil atau bulatkan untuk memudahkan proses penggilingan dengan kayu.
- Panaskan kuali non-stick tanpa minyak seketika untuk mengeras doh. Sejukkan sebentar sebelum dipotong atau digunting mengikut bentuk yang diingini.
- Panaskan minyak yang banyak dalam kuali dan goreng kuih gunting hingga berwarna keemasan.
- Setelah digoreng, toskan kuih gunting menggunakan tisu untuk menyerap minyak berlebihan.
Sumber: Salmah Hj Hassan
Baca juga: Cara Buat Biskut Arab Susu Guna 4 Bahan, Tekstur Sangat Gebu & Cair Di Mulut!