Apabila anda mencari resepi cucur udang yang lezat, inilah rahsianya. Cucur ini menjadi rangup ketika panas dan tetap garing meskipun sudah sejuk.
Setelah digoreng, ia akan muncul berkuping dengan kerak indah di sekelilingnya. Nikmati dengan kuah kacang atau sos, pasti bertambah selera.
Resepi ini diwarisi dari empunya resipi, iaitu Puan Nur Amna. Cucur ini memang laku keras apabila dijual. Mari kita cuba membuatnya di rumah!
Baca juga: Tip untuk Membuat Cucur Jagung yang Sangat Rangup, Rahsianya Jangan Bancuh Menggunakan ‘Air’!
RESEPI CUCUR UDANG SEDAP & RANGUP TANPA YIS
Bahan-bahan:
- Udang segar secukupnya
- 1 cawan tepung gandum (mengikut jumlah sayur, jika lebih sayur boleh tambahkan tepung)
- Kucai (dipotong pendek)
- Bawang besar (dihiris nipis)
- Lobak merah (diparut kasar)
- Serbuk kunyit (sedikit sahaja)
- Tauge
- Air sejuk atau air ais secukupnya (rahsia cucur rangup!)
- Garam atau perasa secukupnya
- Minyak masak untuk menggoreng
Cara memasak:
- Campurkan tepung gandum dengan serbuk kunyit dalam bekas besar.
- Tambahkan kucai, bawang hiris, lobak merah dan tauge. Gaul hingga semua sayur terbalut dengan tepung.
- Masukkan air sejuk atau air ais sedikit demi sedikit sambil adun hingga adunan menjadi pekat sederhana. Inilah rahsia cucur tetap rangup walaupun sejuk.
- Masukkan garam atau perasa mengikut selera.
- Panaskan minyak dalam kuali. Cedok adunan dengan seekor udang di atasnya, kemudian goreng hingga garing dan berwarna keemasan.
- Angkat, tos minyak dan sedia untuk dihidangkan.
- Cicah dengan kuah kacang atau sos kesukaan.
Sumber: Nur Amna
Baca juga: Rahsia Cucur Ikan Bilis Garing Walau Lembut Ketika Dimakan, Bentuk Pun Tidak Rata!