Apabila melawat pasar malam, pasti rasanya tidak lengkap tanpa membeli jagung dalam cup. Sebenarnya, resipi jagung manis ini sangat senang untuk dibuat di rumah. Selain lebih menjimatkan, bahan-bahannya juga tidak terlalu banyak.
Harga jagung cawan kecil kini dapat menjangkau RM3. Bagi yang memiliki banyak anak, lebih berbaloi untuk mencubanya sendiri di rumah. Ayo, mari kita coba!
Baca juga: Asyik Rebus? Mari Cuba Jagung Bakar Berperisa Yang Lebih Menarik!
RESEPI JAGUNG MANIS
Bahan-bahan:
Cara-cara:
- Masukkan jagung beku ke dalam kukusan. Pastikan air kukusan sudah mendidih sebelum menempatkan jagung. Kukus jagung selama 20 hingga 30 minit atau sehingga jagung masak dan lembut.
- Sementara menunggu jagung dikukus, sediakan bahan-bahan lain seperti marjerin, susu pekat manis, susu cair dan garam.
- Selepas jagung selesai dikukus, keluarkan jagung dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Tambahkan 4 sudu besar marjerin atau buttercup dan gaulkan dengan baik.
- Masukkan 3 sudu besar susu pekat manis untuk memberikan rasa manis dan 6 sudu besar susu cair.
- Yang terakhir, tambahkan sedikit garam untuk menyeimbangkan rasa manis dan masin.
- Gaul semua bahan sehingga bercampur rata.
- Sedia untuk dinikmati ketika masih hangat. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Zaky Mat Ali
Baca juga: Buat Sendiri Jagung Gaul Kelapa Parut, Sekiranya Nak Beli Memang Sukar Ditemui