Jika anda sedang mencari resipi daging black pepper yang mudah dan lazat, ini adalah pilihan yang tepat! Hidangan ini sememangnya antara pilihan ramai kerana rasa pedas berlemak serta aroma lada hitam yang harum. Yang terbaik, resipi ini tidak memerlukan banyak masa untuk disiapkan.
Kalau terdapat stok daging rebus di dalam peti sejuk, kerja anda semakin mudah kerana hanya perlu tumis dan gaul sahaja. Sesuai untuk disediakan bila-bila masa, sama ada untuk makan tengah hari atau makan malam bersama keluarga.
Boleh juga menambah sayur seperti bawang holland dan lada benggala untuk rasa yang lebih segar. Dengan kuah yang sedikit pekat, menikmatinya dengan nasi putih yang panas pasti memuaskan!
RESEPI DAGING BLACK PEPPER MUDAH DAN LAZAT
Baca juga: Resipi Daging Masak Merah Ala Thai, Cara Memasak Mudah Tapi Rasa ‘Syahdu’!
Bahan-bahan:
- 500g daging (direbus separuh masak terlebih dahulu)
- 3 ulas bawang putih (diketuk)
- 2cm halia (dihiris)
- 3 sudu besar sos black pepper (botol)
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu teh lada hitam kisar kasar (lebih lazat jika menggunakan yang biji ditumbuk sendiri)
- 1-2 sudu besar kicap (pilihan)
- Garam secukup rasa
- ½ sudu teh mushroom seasoning/serbuk perasa (pilihan)
- 1 biji bawang holland (dihiris bulat)
- ½ biji lada benggala/bell pepper (dihiris)
- 1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
Cara memasak:
- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
- Masukkan sos black pepper dan sos tiram, kacau rata.
- Tambahkan lada hitam kisar serta daging rebus. Gaul hingga sebati.
- Masukkan kicap (jika ingin), garam dan mushroom seasoning/serbuk perasa.
- Seterusnya, masukkan bawang holland dan bell pepper.
- Tuangkan bancuhan tepung jagung, kacau hingga kuah menjadi sedikit pekat.
- Sedia untuk dihidangkan!
Tip: Jika inginkan rasa yang lebih “kick”, gunakan biji lada hitam asli yang ditumbuk atau dikisar kasar. Memang berbeza rasanya!
Sumber: Dina Amalia Nordin
Baca juga: Resipi Daging Bakar Danok Yang Juicy & Padu, Siap Dengan Sos Thai ‘Power’!