Daging Rendang Cili Api: Resipi Warisan Nenek Penuh Perisa dan Cerita


rendang daging

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Syalfarina Razali telah berkongsi resipi rendang daging cili api berempah yang diajarkan oleh arwah neneknya.

Dia menyatakan bahawa rendang ini menjadi pilihan seisi keluarga kerana teksturnya yang lembap dan berkuah, berbeza dengan rendang biasa yang lebih kering.

Rasanya memang sangat lazat, terutamanya apabila dinikmati bersama ketupat palas atau lemang. Sekali mencuba resipi ini, pasti tidak akan mencari resipi rendang lain lagi!

Baca juga: Resipi Rendang Ayam Pencen Cili Api Negeri Sembilan, Ini Rahsia Lembutkan Daging Dengan Mudah!

RESEPI RENDANG DAGING CILI API BEREMPAH

rendang daging

Bahan utama:

  • 1 kg daging segar (potong melawan urat untuk lembut)
  • 1 kotak kecil santan + ½ kotak kecil tambahan
  • 1-2 keping asam keping
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 sudu besar gula melaka (hancurkan)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan kisar:

  • 8 ulas bawang merah (saiz sederhana)
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 inci kunyit hidup
  • 5 batang serai
  • 20 tangkai cili api

Bahan rempah:

  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • ½ sudu besar serbuk jintan manis
  • ½ sudu besar serbuk jintan putih

(Jika ingin lebih beraroma, anda boleh sangai ketiga-tiga rempah ini dalam kuali dan kisar bersama bahan kisar.)

Bahan tambahan:

  • 3 helai daun kunyit (dihiris halus)
  • 3 helai daun limau purut (dihiris halus)

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bahan kisar sehingga airnya kering dan mengeluarkan aroma wangi.
  2. Masukkan daging yang telah dibasuh, biarkan seketika sehingga air daging keluar secara semula jadi.
  3. Tambahkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Kacau dengan baik dan biarkan rempah meresap ke dalam daging.
  4. Apabila daging sudah melepaskan air, tuang santan dan kacau perlahan-lahan.
  5. Perlahankan api, tutup kuali dan biarkan rendang mendidih selama kira-kira 1 jam 30 minit sehingga daging empuk dan kuah pekat. Kacau sekali-sekala supaya tidak hangus di bahagian bawah.
  6. Setelah kuah pekat dan pecah minyak, tambahkan asam keping, daun kunyit, daun limau purut, kerisik, dan gula melaka. Gaul semua bahan hingga sebati.
  7. Perasakan dengan garam secukup rasa, kemudian kacau dengan baik.
  8. Tutup api dan rendang sedia untuk dinikmati.

Rendang ini lebih lazat apabila berkuah. Jika dinikmati dengan ketupat palas atau lemang, ia amat sempurna. Selamat mencuba!

Sumber: Syalfarina Razali

Baca juga: Resipi Rendang Ayam Versi Hancur Manja, Sedap Makan Dengan Ketupat & Lemang



Source link

Scroll to Top