Setiap negeri di Malaysia memiliki kuih tradisional yang istimewa. Kuih tepung bunga ini adalah salah satu jenis kuih yang sangat terkenal di Terengganu.
Sekarang, agak sukar untuk mencari penjual kuih tradisional ini. Tepung Bunga ini memang luar biasa rasanya, cukup mampu membuat sesiapa sahaja jatuh hati!
Apa yang menarik, proses penyediaan kuih ini amat mudah. Hanya menggunakan tiga bahan sahaja. Senang, cepat dan sungguh sedap!
Baca juga: Resipi Kuih Sagu Pandan, Kukus Begini Memang Lembut dan Menarik
RESEPI KUIH TEPUNG BUNGA TERENGGANU
Bahan-bahan:
- 145g tepung pulut
- 110 ml air (ditambah secara sedikit demi sedikit adalah lebih baik)
- 2 cubit kecil garam
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan dan uli sehingga adunan tidak melekat pada tangan.
2. Selepas itu, sapukan sedikit tepung gandum pada pinggan atau dulang. Jika ingin menggunakan tepung pulut juga boleh. Bulatkan adunan sebesar syiling 20 sen.
3. Setelah selesai, pecahkan sebiji telur. Kacau sebentar. Panaskan minyak dalam kuali untuk menggoreng.
4. Taburkan sedikit tepung gandum di atas tapak tangan untuk mengelakkan adunan melekat. Ambil sepeket adunan kecil, kemudian jelirkan dengan ibu jari di tengahnya untuk membentuk keadaan yang sedikit mendatar.
5. Begitu, ya. Kemudian celupkan ke dalam mangkuk telur.
6. Siapkan banyak ini terlebih dahulu.
7. Setelah minyak memanas, masukkan setiap doh satu demi satu menggunakan sudu. Tunggu sekitar 2-3 minit hingga tepung berwarna keemasan. Barulah boleh dibalikkan.
8. Tidak perlu bimbang, kuih tidak akan meletup atau melompat keluar.
9. Dalam sekejap saja, tepung bunga sudah siap dimasak. Ia tidak lebih dari lima minit. Toskan dahulu, kemudian letakkan di atas kertas lapik nasi. Ulang menggoreng dengan langkah yang sama sehingga selesai.
10. Aturkan tepung bunga di dalam pinggan. Pada setiap lapisan, taburkan sedikit gula di atasnya.
11. Siap untuk dinikmati. Rasa tepung pulut yang kenyal bersalut telur, manis di penghujungnya pasti akan membuatkan anda teringat. Ringkas tetapi sedap.
Sumber: Afy AL Habibi
Baca juga: Resipi Kuih Cara Manis Inti Gula Merah, Bila Gigit Terasa Lemak Manisnya!