Seorang individu dari India menarik perhatian pengguna internet setelah videonya mengenai pembukaan kedai makan berkonsepkan ‘Tomyam Malaysia’ viral di platform media sosial.
Dalam rakaman itu, lelaki yang dikenali sebagai Kani Boy memperkenalkan pelbagai pilihan menu menarik dari Asia Tenggara, terutama dari Malaysia dan Thailand, yang dijual di restorannya.
Baca juga: Wanita Terkejut Temukan Bangkai Cicak Dalam Pisang Goreng Tiramisu, Pengguna Minta Dedahkan Lokasi Kedai
LELAKI MEMBUKA KEDAI MAKAN DI INDIA, NAMA ‘TOMYAM MALAYSIA’ MENJADI PILIHAN UTAMA
Menariknya, semua hidangan yang ditawarkan di kedai tersebut merupakan makanan yang sering kita lihat di Malaysia seperti roti canai, nasi lemak, rojak, tomyam dan sate.
Melalui video yang tular di TikTok, ramai terpesona bukan hanya dengan makanan, tetapi juga suasana kedai yang tampak bersih dan teratur seolah-olah berada di Malaysia sendiri.
Lebih-lebih lagi, penggunaan bahasa Melayu dan amalan kebersihan menurut SOP juga mendapat pujian daripada netizen. Malahan, mereka berasa bangga kerana masakan Malaysia kini dikenali sehingga ke India.
KONGSI PERKEMBANGAN DI FACEBOOK, RAMAI PELANGGAN DI INDIA TERUJAS MENCUBA MAKANAN MALAYSIA
Melalui laman Facebooknya, Kani dilihat aktif berkongsi kemas kini mengenai restorannya. Banyak pelanggan tempatan di India terlihat hadir untuk mencuba hidangan yang ditawarkan sambil teruja mencicipi menu popular dari Malaysia.
Pada masa yang sama, Kani juga menunjukkan kepandaian dalam menebar roti canai, satu kemahiran yang sering menarik minat pelanggan kerana dianggap unik dan memerlukan teknik tertentu.
Dikhabarkan, kedai ‘Tomyam Malaysia’ di India ini telah dibuka pada bulan Jun dan beroperasi sepenuhnya sejak 2 Julai yang lalu.
ANTARA KOMEN NETIZEN YANG PEMBANGGA MELIHAT KEDAI ‘TOMYAM MALAYSIA’
“Wow tomyam Malaysia.”
“Tahniah, rakyat Malaysia yang berkunjung ke India boleh singgah menikmati hidangan.”
“Nasi lemak Malaysia terkenal di India.”
Semoga memberikan manfaat!
Sumber: kani.boy47
Baca juga: Lelaki Menjual Daging Landak Menarik Perhatian Netizen, Ada Yang Mengatakan Sedap Dibuat Rendang!