Krim puff Jepun ini sedikit berbeza berbanding krim puff biasa kerana ia lebih rangup dan memiliki saiz yang lebih besar.
Intinya pula tidak terhad pada kastard atau perisa vanila sahaja. Anda boleh menggunakan pelbagai inti yang anda suka.
Salah satu contoh adalah krim puff Jepun dengan inti coklat seperti yang kami kongsikan di bawah ini. Jika ada yang berminat mencuba, mari lihat resipi penuh di bawah.
Baca juga: Tip Membuat Kuih Lapis Pelangi Yang Lembut, Menarik & Kenyal, Dijamin Anti-Gagal!
RESEPI KRIM PUFF JEPUN INTI COKLAT
RESEPI INTI COKLAT (FILLING CHOCOLATE)
Bahan-bahan:
- 250 ml susu penuh krim
- 50 gram gula halus
- 20 gram tepung jagung
- 2 biji kuning telur
- 1 sk serbuk koko
- 75 gram kepingan coklat gelap
- 150ml krim pencukur (tanpa tenusu)
Cara-cara:
- Padu semua bahan dan masak di atas api sederhana.
- Kacau sehingga adunan menjadi pekat dan timbul ‘gelembung’.
- Setelah itu, boleh pindahkan ke dalam mangkuk dan tutup dengan plastik pembalut.
- Simpat dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
- Sementara menunggu inti coklat ini sejuk, pukul krim pekat hingga kental (tidak jatuh).
- Seterusnya, campurkan dengan coklat yang telah disejukkan tadi.
RESEPI PUFF (CHOUX)
Bahan-bahan:
- 60 gram mentega
- 120 ml air
- 65 gram tepung terigu
- 1 sk esen vanila
- 2 biji telur
Cara-cara:
- Gabungkan mentega dan air. Masak kedua-dua bahan ini sehingga mendidih.
- Setelah itu, barulah boleh masukkan tepung terigu.
- Kacau hingga adunan ini menjadi kering.
- Seterusnya, pindahkan adunan ke dalam bekas lain dan pukul dengan pemencung tangan untuk menghilangkan panas.
- Baru masukkan esen vanila.
- Pastikan adunan sejuk sebelum menambah telur.
- Teruskan memukul hingga adunan berkilau dan likat.
- Gunakan acuan seperti ini untuk mendapatkan saiz yang seragam.
- Paipkan bancuhan ke dalam acuan. Dapatkan 15 biji.
- Tutup acuan menggunakan plastik pembalut dan simpan dalam
- peti beku.
RESEPI CRAQUELIN CRUSH
Bahan-bahan:
- 50 gram gula halus
- 45 gram mentega
- 50 gram tepung serbaguna
Cara-cara:
- Gabungkan gula halus dan mentega, aduk hingga rata.
- Setelah itu, masukkan tepung serbaguna. Campur semua bahan sehingga sebati.
- Tekstur yang dihasilkan seperti ini.
- Letakkan adunan di atas kertas pembakar dan canaikan. Pastikan tidak terlalu tebal atau nipis.
- Kemudian, boleh tekan menggunakan acuan mengikut ukuran yang diingini. Pastikan saiz lebih besar dari puff tersebut.
- Masukkan ke dalam peti beku untuk mengeraskan adunan.
Setelah semua siap, jom kita bakar menggunakan langkah berikut:
- Apabila puff dan craquelin crush telah mengeras, keluarkan dari peti sejuk.
- Susun puff di atas dulang yang telah dilapik dengan kertas pembakar. Pastikan ruang antara puff kerana ia akan mengembang.
- Seterusnya, letakkan craquelin crush di atas puff.
- Boleh bakar di dalam oven pada suhu 180° selama 15 minit. Kemudian, turunkan suhu ke 160° dan teruskan membakar selama 15 minit lagi.
- Setelah masak, jangan keluarkan dari oven terlebih dahulu. Biarkan puff dalam oven sehingga sejuk atau selama 10 minit.
- Setelah keluar dari oven, sejukkan seketika dan paipkan inti coklat ke dalam puff.
- Selamat mencuba!
Sumber: Dea Noorfaizura
Baca juga: Resipi Kuih Sagu Pandan, Kukus Cara Ini Memang Lembut Menawan