Jika anda seorang penggemar hidangan daging yang ringkas dan mudah untuk disiapkan di rumah, resipi Daging Dendeng mudah ini sememangnya patut dicuba. Tak perlu menunggu majlis khas, bila-bila masa rasa teringin, boleh masak sendiri di rumah.
Daging Dendeng ini merupakan lauk yang apabila dipadankan dengan nasi panas, secara automatik memberi rasa seolah-olah menikmati hidangan di kampung. Lebih menarik lagi, ia mudah disediakan dan boleh siap dalam kurang dari sejam.
Wahida Alya telah berkongsi resipi Daging Dendeng yang ringkas di Facebook, dan mendapat perhatian ramai kerana kaedah memasaknya sangat mudah. Jom kita cuba!
Baca juga: Tips Memasak Daging Korban Supaya Lembut & Wangi, Pasti Sedap Ketika Makan!
RESEPI DAGING DENDENG SIMPLE
Bahan-bahan:
- 1kg daging
- 4 hingga 5 batang serai (dikisar)*
- 4 biji bawang besar (dikisar)*
- 1 inci halia (dikisar)*
- 1 inci lengkuas (dikisar)*
- 3 sudu cili kisar
- Kicap manis atau masin atau pekat (untuk perap)
- Garam
- Gula
- Gula melaka (pilihan)
Cara-cara memasak:
1. Pertama, potong daging mengikut saiz yang sesuai, basuh dengan bersih dan toskan.
*Boleh juga rebus daging terlebih dahulu
2. Masukkan daging ke dalam satu bekas, kemudian tuang kicap manis, masin, pekat (kicap manis sahaja juga boleh).
3. Selepas itu, perapkan dan letakkan dalam peti sejuk selama 1 jam.
4. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan yang bertanda (*) dan cili kisar sehingga cili masak.
5. Selanjutnya, masukkan daging yang telah diperap dengan kicap dan sebatikan.
6. Perasakan dengan garam dan gula, kemudian tambahkan air.
7. Akhir sekali, tutup kuali dan biarkan sehingga daging itu lembut dan kering. Siap untuk dihidangkan!
Setelah anda memasak resipi Daging Dendeng simple ini, anda akan menikmati keharuman rempah, rasa manis dan pedas, serta tekstur daging yang lembut, buatkan anda ingin tambah lagi.
Selamat mencuba!
Sumber: Wahida Alya
Baca juga: Sup Daging Thai Ala Kedai Tomyam, Resipi Mantap Ini Wajib Dicuba Di Rumah!