“Dewi Dapur Marah: Pulut Sambal Dengan Ulat Membuatkan Daun Pisang Terhina!”


daun pisang kotor

Gembira betul dapat membeli kuih yang lazat, namun situasi yang dialami satu wanita berbeza, apabila pulut sambal yang dibelinya dibalut dengan daun pisang yang kotor.

Baru-baru ini, seorang wanita yang akrab dipanggil Siti meluahkan rasa kecewa di platform TikTok miliknya, iaitu sity_187 selepas membeli sekantung pulut sambal daripada seorang peniaga.

Baca juga: Wanita Terkejut Beli Kuih Ada Tanah, Netizen Syak Gerai Tepi Jalan Ini Kena Sihir

WANITA KECEWA PENIAGA GUNA DAUN PISANG KOTOR UNTUK BALUT PULUT SAMBAL

@sity_187 Tolong la kalau diri tu pemalas & pengotor, tolong-tolong jangan buat makanan untuk dijual. Masa balut pulut sambal ni takkan tak nampak daun tu, takkan ambil dari pokok xlap dulu bersih-bersih. Masalahnya, aku dah makan sebijik eeeeeeeee geli tekak wehh!!!! Sebijik daun pisang kotor, lagi sebijik aku buka ada makhluk hitam tu. Eeeeeee pengotor sungguh lah. #fypage #seriab ♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Dari video yang dikongsi, jelas menunjukkan bahawa daun pisang yang membaluti pulut sambal itu sungguh kotor dan penuh dengan kulat, sarang ulat kempompong, debu serta banyak tompok putih.

Apabila melihat daun pisang tersebut yang kelihatan tidak dibersihkan, Siti merasakan individu yang memiliki sifat pengotor tidak seharusnya menjadi seorang penjual makanan.

“Tolonglah, kalau diri tu pemalas dan pengotor, jangan buat makanan untuk dijual. Masa balut pulut sambal ni, takkan tak nampak daun tu?”

-Siti-

TERJUMPA SERANGGA PEROSAK BERWARNA HITAM DALAM BUNGKUSAN LAIN, SIAP BERGERAK-GERAK!

daun pisang kotor

Yang paling mengejutkan, Siti sudah pun menikmati pulut sambal itu sebelum menyedari keadaan daun pisang yang tidak bersih. Malah, dia turut menemui serangga perosak berwarna hitam di dalam bungkusan daun pisang yang lain.

“Takkan ambil dari pokok tak basuh dulu bersih-bersih? Masalahnya, aku dah makan sebijik, geli tekak wehhh! Daun pisang sehelai lagi aku buka tu, ada makhluk (ulat) warna hitam. Pengotor sungguh!”

-Siti-

Ada banyak risiko yang perlu diperhatikan semasa membeli makanan di luar. Tidak hanya menilai dari segi kesedapannya, tetapi kebersihan makanan juga amat penting.

Sebelum membuat pembelian dari peniaga luar, disyorkan untuk memeriksa dahulu keadaan gerai tersebut. Jika bersih, maka adalah lebih terjamin untuk membelinya.

Jika membeli secara dalam talian, penting untuk merujuk kepada maklum balas pelanggan lain yang sudah membeli. Dalam erti kata lain, semak terlebih dahulu sebelum membuat keputusan membeli.

Semoga informasi ini bermanfaat!

Sumber: sity_187

Baca juga: Wanita Teruja Berkongsi Puding Longan Bandung, Tetapi Lain Pula Yang Netizen Komen





Source link

Scroll to Top