“Discover Malaysia with PLUS: A Journey That Could Win You RM15,000 in Prizes!”


Apabila bulan ogos tiba, lagu-lagu patriotik mulai diperdengarkan, Jalur Gemilang berkibar dengan megah, dan pada tahun ini bagi memeriahkan perayaan Kemerdekaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah menganjurkan Peraduan “Teroka Malaysia Bersama PLUS” yang membenarkan rakyat Malaysia meraih hadiah bernilai RM15,000.

Menarik bukan peraduan ini? Cuma dengan berjalan-jalan melalui lebuh raya PLUS, anda berpeluang untuk memenangi hadiah seperti kamera digital, peranti terkini, gimbal kamera dan baucar kredit Touch ‘n Go eWallet.

Sayang jika tidak sertai!

Untuk sertai pun sangat mudah! Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah di bawah:-

  1. Muat turun aplikasi PLUS.
  2. Ketika berhenti di R&R, hentian sebelah, atau destinasi tertentu dalam aplikasi, jangan lupa untuk check-in.
  3. Rakam video kreatif selama 1 minit dan tunjukkan vibe perjalanan anda.
  4. Muat naik di TikTok dengan kapsyen semangat Merdeka & hashtag rasmi #TerokaMalaysiaBersamaPLUS.

Selesai! Mudah kan?

Menurut PLUS, peraduan ini bukan sekadar mengenai hadiah, tetapi mereka ingin menjadikan perjalanan lebuh raya kita semua lebih bermakna, penuh dengan kenangan indah, dan pada masa yang sama kita dapat menjelajahi lokasi-lokasi menarik sepanjang perjalanan. Malah, ini juga merupakan satu bentuk sokongan kepada kempen pelancongan domestik menjelang Visit Malaysia Year 2026.

Jadi, apa tunggu lagi? Ayo bersama-sama sertai peraduan ini, sambil menunjukkan rasa cinta kita pada Malaysia dengan cara yang paling seronok!

*Peraduan sah bermula dari 1 Ogos 2025 hingga 16 September 2025.
*Tertakluk kepada Terma & Syarat.



Sumber pautan

Scroll to Top