Donut Bola Sumpah Gebu: Kudapan Mini yang Super Mudah!


resepi donut ball

Resipi donut ball ini merupakan salah satu kudapan yang paling mudah untuk disediakan, tetapi hasilnya tetap lembut dan gebu. Bentuknya yang kecil dan bulat juga sangat comel, mudah habis hanya dengan satu gigitan.

Jika digolek dalam gula pun sangat sedap, tambah coklat juga sesuai. Pasti anak-anak akan menyukainya! Apabila dinikmati ketika masih panas selepas digoreng, memang semua berebut satu rumah.

Kalau ingin membuat banyak, boleh simpan doh di dalam peti sejuk dan goreng bila perlu. Sangat sesuai dijadikan kudapan selepas sekolah atau sebagai menu minum petang.

Baca juga: Resipi Donut Selembut Sutera, Tak Perap Doh Pun Tetap Naik Elok!

RESEPI DONUT BALL

resepi donut ball

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar mentega (butter sedikit masin juga boleh digunakan)
  • 1 ½ sudu teh yis
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu besar gula
  • 1 biji kuning telur
  • 1 cawan air sejuk (jika menggunakan mixer)
  • 1 cawan air suam (jika menguli dengan tangan)

Cara (menggunakan mixer):

  1. Gabungkan semua bahan kecuali air ke dalam mangkuk mixer. Putar selama 4-5 minit.
  2. Masukkan air dan teruskan menguli sehingga doh menjadi licin dan tidak melekat di mangkuk. (Anggaran masa: 15–20 minit.)
  3. Tutup doh dan rehatkan selama 30 minit hingga 1 jam atau sehingga doh membesar dua kali ganda.
  4. Bentuk doh, boleh menggunakan acuan kuih bulat atau penutup botol.
  5. Rehatkan lagi 5-10 minit sebelum menggoreng.
  6. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga berwarna keemasan. Toskan minyak.
  7. Salut dengan gula kastor atau tuang Nutella sebagai topping.

Cara (menggunakan tangan):

  1. Dalam sebuah mangkuk kecil, larutkan air suam, gula dan yis. Biarkan hingga yis membesar.
  2. Dalam bekas lain, campurkan tepung gandum, butter, kuning telur dan baking powder. Gaul hingga menjadi seperti serbuk roti.
  3. Tuangkan campuran air yis sedikit demi sedikit. Uli hingga doh tidak melekat di tangan. Tambah air sesuai keperluan.
  4. Uli sedikit lebih lama untuk hasil donut yang lebih lembut dan gebu.
  5. Ikuti langkah rehat, bentuk dan goreng seperti cara di atas.

Nota:

  • Jika ingin membuat dalam jumlah kecil, boleh bahagikan adunan kepada dua.
  • Tidak perlu tambah garam jika menggunakan butter sedikit masin.

Sumber: Niesa Hasan

Baca juga: Donut Bomboloni Anti Gagal, Hasil Jadi Gebu Gebas Dengan Resipi Ini!



Source link

Scroll to Top