Ingin menghasilkan donut yang lembut dan gebu tetapi tidak ingin menunggu adunan naik terlalu lama? Resepi donut ini amat tepat untuk anda! Tidak perlu menunggu adunan selama berjam-jam, tetapi hasilnya tetap selembut kapas, gebu dan enak sehingga malam.
Gunakan bahan-bahan mudah yang pasti ada di dapur! Resep ini juga sesuai bagi mereka yang baru mula belajar membuat donut, kerana tekniknya mudah dan pasti berhasil. Ayo cuba!
Baca juga: Cara Terpantas Buat Kuih Tepung Pelita, Tak Perlu Kukus & Boleh Terus Nikmati!
RESEPI DONUT GEBU TANPA PERAP
Bahan-bahan:
- 500g (½ kg) tepung gandum (apa-apa jenama boleh)
- ½ peket yis segera (lebih kurang 5-6 gram, dari pek 11g)
- 1 sudu makan gula
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu makan marjerin (boleh ditukar dengan minyak masak jika tiada)
- 1 sudu makan ovalette (jika tiada, gandakan jumlah kuning telur)
- Secubit garam
- 1 cawan air suam (anggaran; tambahkan jika perlu)
Cara-cara membuat:
- Larutkan yis dan gula dalam 1 cawan air suam. Biarkan selama 5-10 minit hingga berbuih.
- Dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum, marjerin, kuning telur, ovalette dan garam. Gaul sehingga semua bahan sebati.
- Tuangkan larutan yis ke dalam adunan tepung. Uli hingga doh tidak melekat di tangan.
- Jika doh terlalu keras, tambahkan sedikit air. Sekiranya ia terlalu lembik, taburkan sedikit tepung.
- Doh tidak perlu diperap. Setelah doh siap, segera canai dan bentuk menjadi donut.
- Gunakan acuan donut atau jika tiada, boleh menggunakan mulut cawan. Untuk lubang tengah, boleh guna penutup botol air mineral atau penutup minyak 1kg juga. Pastikan ia berbentuk donut.
- Taburkan tepung di atas talam agar doh tidak melekat. Setelah semua siap dibentuk, biarkan selama 10-15 minit.
- Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan. Angkat dan tos.
Sumber: Mar Che
Baca juga: Resipi Pau Kari Ayam Lembut Seperti Sutera, Putih Menawan & Montok Gebu Hasilnya!