Jika anda sedang mencari resepi vadai donut yang lembut dan gebu tanpa menggunakan baking soda, tepung, atau baking powder, inilah resipi yang harus dicuba.
Resipi ini hanya memerlukan ulunthu, cili merah, daun kari, garam, dan sedikit jintan manis. Walaupun begitu, hasilnya tetap lembut dan tidak keras.
Lebih menarik, resipi ini tidak memerlukan bawang bagi menghindari adunan daripada cepat berair. Sesuai bagi yang ingin memasak tanpa bahan pengawet, tetapi masih mahu menghasilkan rasa asli dan tekstur yang menarik.
Baca juga: Resipi Gulab Jamun, Manisan India Ini Sangat Lembut & Cair Dalam Mulut!
RESEPI VADAI DONUT YANG LEMBUT DAN GEBU
Bahan-bahan:
Cara-cara:
- Rendam ulunthu dalam air dan biarkan selama 6 jam atau semalaman.
- Setelah direndam, bersihkan dan tapis ulunthu.
- Kisar halus tanpa menambah air. Jika perlu, renjiskan sedikit air sahaja. (Tanpa campuran tepung, rasa jadi lebih sedap dan asli.)
- Inilah tekstur setelah siap dikisar.
- Tip gebu: Selepas dikisar, simpan adunan dalam bekas tertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 2 hingga 3 jam.
- Keluarkan dari peti sejuk, kemudian tambahkan cili merah, daun kari, garam, dan jintan manis ke dalam adunan. Gaul sehingga merata.
- Ambil sedikit adunan secukupnya, letakkan di atas plastik yang disapu air (supaya tidak melekat) dan bentuk bulat dengan lubang di tengah.
- Selanjutnya, masukkan perlahan-lahan ke dalam minyak panas.
- Goreng sehingga bahagian bawah berwarna kekuningan, kemudian terbalikkan dan goreng bahagian satu lagi hingga masak.
- Angkat dan toskan minyak.
- Siap! Hasilnya, vadai yang gebu dan lembut di dalam.
Sumber: Kasturi Seetha Kastur Seetha
Baca juga: Padu Betul Resipi Kari Ayam India Style Ni, Orang Sebelah Cuit Pun Tak Sedar!