Musim durian adalah waktu yang sangat dinanti oleh para penggemar. Selain dinikmati secara langsung, isi durian juga dapat diolah menjadi pelbagai hidangan manis seperti Pengat Bebola Durian.
Pengat Bebola Durian merupakan kombinasi doh bebola pulut yang diisi dengan isi durian dan direbus, kemudian disajikan dengan kuah santan manis yang beraroma pandan.
Resipi Pengat Bebola Durian yang dikongsi oleh Azlida Harun di Facebook ini bukan sekadar sedap, tetapi juga mudah disediakan di rumah. Jom kita cuba!
Baca juga: 10 Jenis Durian Di Malaysia Yang Populer, No. 5 Tu Ramai Yang Suka!
RESIPI PENGAT BEBOLA DURIAN
Bahan untuk bebola durian:
Bahan untuk kuah pengat:
Cara-cara membuat bebola durian:
1. Ambil isi durian yang sudah dibuang bijinya, kemudian lenyek dengan sudu atau tangan yang bersih.
2. Masukkan tepung pulut sedikit demi sedikit ke dalam isi durian yang telah dilenyek. Gaulkan sehingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan. Jangan tambah air.
3. Apabila doh sudah sedia, gentelkan menjadi bebola kecil mengikut saiz yang anda mahukan.
4. Didihkan air dalam periuk dan masukkan bebola durian tersebut. Rebus sehingga bebola timbul ke permukaan air (ini menandakan ia sudah masak). Angkat dan toskan.
Cara-cara membuat kuah pengat:
1. Masukkan santan ke dalam periuk, nyalakan api sederhana.
2. Tambahkan gula melaka (boleh dipotong kecil agar cepat larut), secubit garam, dan sehelai daun pandan yang disimpul.
3. Kacau sentiasa untuk mengelakkan santan pecah.
4. Sesuaikan rasa manis dan lemak kuah mengikut selera anda.
5. Apabila kuah sudah menggelegak dan cukup pekat, matikan api.
Setelah selesai, anda boleh meletakkan bebola durian dalam mangkuk dan curahkan kuah pengat panas di atasnya. Jika mahu lebih sedap dan segar, boleh simpan dalam peti sejuk dahulu.
Selamat mencuba!
Sumber: Azlida Harun
Baca juga: Resepi Pulut Durian Rasa Kampung, Makan Dengan Kuah Santan Terasa Nikmatnya