Empat Resipi Pes Perapan Ayam yang Wajib Anda Coba untuk Menyemarakkan Bulan Puasa!


pes perapan ayam

Resipi pes perapan ayam ini amat sesuai untuk mereka yang sedang berdiet, dan juga memudahkan proses memasak hari-hari, terutamanya menjelang bulan Ramadan yang semakin hampir.

Bagi mereka yang tidak sedang mengamalkan diet, anda juga boleh mencuba resipi ini dan sesuaikan rasa mengikut kehendak masing-masing. Setelah itu, hanya lumurkan pada ayam dan biarkan diperap sekejap sebelum dibakar.

Baca juga: Tip Buat Pes Perapan Homemade, Barulah Ikan & Ayam Goreng Lebih Sedap

4 RESIPI PES PERAPAN AYAM YANG SEDAP DAN MENYELERAKAN

pes perapan ayam

1) AYAM BAKAR MADU ALA THAI

Bahan-bahan:

  • 4-6 ulas bawang putih*
  • 2-3 akar daun ketumbar*
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam*
  • 1 sudu besar serbuk cili*
  • 1 sudu besar kicap*
  • 1 sudu besar sos tiram*
  • 2 sudu besar madu*
  • 2 sudu besar gula Thai/gula perang/gula merah*
  • 1-1½ sudu teh garam*
  • 4 sudu besar minyak masak*
  • Beberapa titis pewarna merah (jika mahu)*

Cara Penyediaan:

  1. Kisar semua bahan bertanda * menggunakan pemproses makanan (food processor) atau pengisar.
  2. Pindahkan bahan perapan ke dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk beku. Nyahbekukan bahan perapan sebelum digunakan.

Nota:

  • Resipi ini mencukupi untuk 1 ekor ayam atau 8-12 keping potongan ayam.

2) RESEPI PES PERAPAN AYAM PANDAN

Bahan-bahan:

  • 4-6 ulas bawang putih*
  • 2-3 batang serai*
  • 1-1½ sudu besar biji ketumbar*
  • 1-1½ sudu besar serbuk lada putih*
  • 1-1½ sudu teh gula Thai/gula perang* (saya menggunakan madu)
  • 1-1½ sudu teh garam*
  • 2-3 sudu besar santan*
  • 4 sudu besar minyak masak*

Cara Penyediaan:

  1. Kisar semua bahan bertanda * menggunakan pemproses makanan (food processor) atau pengisar.
  2. Pindahkan bahan perapan ke dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk beku. Nyahbekukan bahan perapan sebelum digunakan.

Nota:

  • Resipi ini mencukupi untuk 1 ekor ayam atau 8-12 keping potongan ayam.
  • Balutkan ayam dengan daun pandan sebelum menggoreng.

3) AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan:

  • 1 labu bawang besar*
  • 4-6 ulas bawang putih*
  • 2-3 tangkai daun kari (pilihan)*
  • 2 inci halia*
  • 2-3 hirisan lengkuas*
  • 4-6 batang serai*
  • 2 sudu besar biji ketumbar*
  • 1 sudu besar jintan manis*
  • 1-1½ sudu teh garam
  • 1 biji telur (jika mahu)*
  • 8-12 sudu besar minyak masak*

Bahan-bahan tambahan:

  • 4-6 sudu besar tepung beras**
  • 2 sudu besar serbuk kari ayam**
  • 2 sudu besar serbuk cili**
  • 2 sudu besar serbuk kunyit**

Cara Penyediaan:

  1. Kisar bahan-bahanyang bertanda * menggunakan pemproses makanan (food processor) atau pengisar.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk yang mengandungi bahan-bahan yang bertanda **. Gaul hingga rata.
  3. Letakkan bahan perapan dalam bekas yang boleh ditutup dan simpan dalam peti sejuk beku. Nyahbeku bahan perapan sebelum digunakan.

Nota:

  • Resipi ini mencukupi untuk 1-1½ ekor ayam atau 12-18 potongan ayam.
  • Tambahkan daun kari ketika menggoreng ayam untuk meningkatkan aroma ayam goreng berempah.

4) AYAM GORENG KETUMBAR

Bahan-bahan:

  • 4-6 sdb biji ketumbar (sangai)*
  • 1 labu bawang besar*
  • 4-6 ulas bawang putih*
  • 1 sdb serbuk lada putih*
  • 1-1½ sdt garam*
  • 8-12 sdb minyak masak*
  • 4-6 sdb tepung beras**

Cara Penyediaan:

  1. Kisar bahan-bahan yang bertanda * menggunakan pemproses makanan (food processor) atau pengisar.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk yang mengandungi bahan bertanda **. Gaul sehingga rata.
  3. Letakkan bahan perapan dalam bekas yang boleh ditutup dan simpan dalam bahagian beku. Nyahbeku bahan perapan sebelum digunakan.

Nota:

  • Resipi ini mencukupi untuk 1 ekor ayam atau 8-12 potongan ayam.

Selepas diperap, ayam tersebut boleh dibakar atau digoreng menggunakan ‘air fryer’ atau ketuhar. Jika menggunakan ‘air fryer’, masak pada suhu 200°C selama 20-25 minit atau sehingga sepenuhnya masak. Manakala, jika menggunakan ketuhar, bakar pada suhu 200°C selama 25-30 minit atau sehingga ia benar-benar masak.

Kredit: Resepi Kuih Muih

Baca juga: Cara Buat Pes Garam Kunyit Untuk Menggoreng, Tak Perlu Simpan Dalam Peti



Pautan sumber

Scroll to Top