Jika anda mencari resipi roti yang ringkas dan cepat tanpa yis, resepi flatbread ala capati ini memang patut dicuba. Ia hanya memerlukan bahan-bahan asas dan tidak memerlukan waktu yang lama untuk menguli atau menunggu ia mengembang seperti roti biasa.
Ia sangat sesuai untuk dijadikan sarapan atau santapan malam yang ringan. Flatbread ini boleh dinikmati dengan pelbagai jenis hidangan seperti kari, sambal tumis, sambal sardin dan banyak lagi. Jika ingin mencuba, mari kita lihat bahan-bahan dan cara penyediaannya di bawah.
Baca juga: Roti Sardin Gulung, Ikuti Kaedah Ini Supaya Tidak Menyerap Minyak
RESEPI FLATBREAD ALA CAPATI
Bahan-bahan:
- 250 gram tepung roti
- 1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
- ½ sudu kecil garam halus
- 50 gram shortening (boleh juga menggunakan yogurt sebagai pengganti)
- 160 gram air (jika menggunakan yogurt, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat)
Cara penyediaan:
- Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk.
- Uli doh hingga ia agak licin. Gunakan tangan untuk menguli selama kira-kira 5 minit.
- Tutup doh dan biarkan ia perap selama 30 minit.
- Setelah itu, uli semula doh sekejap. Timbang doh sekitar 60 gram (atau sesuai dengan ukuran yang diinginkan).
- Bulatkan doh dan taburkan sedikit tepung.
- Canai doh hingga menjadi bulat dan nipis.
- Masak di atas kuali rata dengan api sederhana hingga keemasan di kedua belah pihak.
- Siap untuk dinikmati! Sangat sedap dimakan bersama kari, dhal, sambal sardin, atau gulai!
Sumber: Zalina Binti Zainal
Baca juga: Cara Membuat Roti Puri Yang Lezat, Kembang & Lembut, Tak Sangka Semudah Ini!