Puding Kastard Jagung adalah salah satu hidangan pencuci mulut yang mudah disiapkan dan sangat diminati. Teksturnya yang lembut dan rasa manis yang kaya menjadikannya ideal untuk dinikmati dalam keadaan sejuk.
Bahan-bahan yang diperlukan mudah diperoleh dan proses penyediaannya juga ringkas di samping tidak memakan banyak waktu.
Resipi yang dikongsikan oleh Mariana Zainal ini pasti akan menarik perhatian anda. Sukatan bahan yang jelas dan langkah-langkah yang mudah membolehkan sesiapa sahaja untuk mencubanya, termasuk mereka yang baru mula belajar memasak.
Baca juga: Resipi Puding Laici Berkuah, Nikmat Sungguh Makan Sejuk-Sejuk Waktu Berbuka!
RESEPI PUDING KASTARD JAGUNG
Bahan-bahan:
- 1 tin jagung krim (pastikan memilih yang krim, baca label pada tin dengan teliti)
- 300 gram tepung kastard
- 1 kotak kecil santan
- 1800ml air (9 cawan)
- 200 gram gula (1 cawan)
- 250 gram susu pekat manis (1 cawan)
- 3 gram garam (1 sudu teh)
- Pewarna kuning lemon (jika diperlukan, jika menggunakan custard Bird tidak perlu menambah pewarna)
Cara-cara:
- Sediakan loyang. Basahkan loyang dengan sedikit air, buang air tersebut, dan lapik dengan plastik di dalam loyang (anda boleh menggunakan bekas tupperware untuk kemudahan makan).
- Gabungkan semua bahan dalam satu bekas, kacau sehingga larut.
- Masak adunan di atas api sederhana rendah, terus kacau menggunakan whisk (jangan sesekali tinggalkan. Memang sedikit melelahkan tetapi itu normal).
- Apabila adunan sudah berkilau dan mulai meletup-letup, anda boleh mematikan api.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang atau bekas tupperware, biarkan ia sejuk.
- Setelah sejuk, anda boleh memotong mengikut kehendak. Sedap juga jika dinikmati sejuk (boleh simpan dalam peti sejuk).
Sumber: Mariana Zainal
Baca juga: Resipi Puding Karamel Yang Lembut & Sedap Tanpa Bau Telur, Ini Rahsianya!