Seperti yang kita ketahui, gula kerap digunakan dalam pelbagai jenis makanan dan minuman. Apabila anda kehabisan gula di rumah secara tiba-tiba, anda boleh menggantikannya dengan madu menggunakan sukatan gula dalam cawan kepada madu ini.
Madu adalah bahan semula jadi yang penuh dengan manfaat kesihatan kerana mengandungi antioksidan dan antibakteria semula jadi, serta mampu membantu mengurangkan batuk.
Oleh itu, tidaklah mengejutkan semakin ramai yang menggunakan madu dalam masakan mereka. Namun, banyak resipi masih lagi menggunakan sukatan gula dalam cawan.
Apabila anda sudah terbiasa memasak dengan gula dan tiba-tiba ingin beralih kepada madu, berapa banyak madu yang perlu digunakan jika resipi menyatakan ‘1 cawan gula’?
Untuk menjawab soalan ini, kami kongsikan sukatan gula kepada madu ini agar mudah dijadikan rujukan ketika anda ingin memasak di dapur kelak.
Baca juga: Perbezaan Gula Kastor dan Gula Halus, Begini Cara Menggunakannya dengan Tepat
SUKATAN GULA DALAM CAWAN KEPADA MADU
1/4 cawan gula = 3 sudu makan madu
1/3 cawan gula = 3 sudu makan madu
1/2 cawan gula = 1/3 cawan madu
1 cawan gula = 3/4 cawan madu
2 cawan gula = 1.5 cawan madu
Rasa manis semula jadi yang terdapat dalam madu lebih kuat dan pekat berbanding gula. Oleh yang demikian, tidak perlu menggunakan terlalu banyak dalam setiap hidangan.
Madu sangat sesuai untuk kek, muffin, sos, atau minuman. Namun, jika anda ingin membuat biskut yang rangup, kadangkala madu dapat memberikan tekstur yang lebih lembut. Jadi, pilihan bergantung kepada jenis hidangan yang ingin anda hasilkan.
Semoga informasi ini berguna!
Sumber: PnSyuhaida
Baca juga: Sukatan Gula yang Tepat untuk Minuman Jamuan, Manis Cukup Rasa Bila Dihidang!