Gulai Tempoyak Ikan Kembung: Nikmati Rasa Tulen Tanpa Membebankan Poket!


gulai tempoyak

Kebiasaannya, gulai tempoyak dimasak menggunakan ikan patin, tetapi kali ini kita cuba dengan ikan kembung. Ternyata, rasanya juga sedap. Lebih menarik, ikan kembung mudah ditemui dan harganya lebih berpatutan.

Rasa lemak, masam, dan pedas daripada tempoyak memang membuatkan kita ingin tambah nasi. Resipi ini ideal bagi mereka yang ingin mencuba sesuatu yang berlainan namun masih mahu menikmati cita rasa asli gulai tempoyak.

Baca juga: Rahsia Memasak Ikan Rebus Asam Picit Yang ‘Padu’, Lauk Tradisional Yang Memikat Selera!

RESEPI GULAI TEMPOYAK IKAN KEMBUNG

gulai tempoyak

Bahan-bahan untuk dikisar:

  • 6 tangkai cili api
  • 2 tangkai cili merah
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 biji bawang kecil/rose
  • 1 ½ senduk tempoyak dan sedikit air

Bahan-bahan tambahan:

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Kisar semua bahan kisar sehingga halus dan sebati.
  2. Tuangkan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk.
  3. Tambah air mengikut keperluan.
  4. Setelah itu, masukkan serai dan asam keping.
  5. Masak sehingga kuah mendidih.
  6. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  7. Seterusnya, masukkan daun kesum dan ikan.
  8. Biarkan seketika sehingga ikan masak sepenuhnya.
  9. Apabila ikan sudah masak, masukkan timun. Jika tidak mahu, boleh abaikan.
  10. Setelah timun lembut, tutup api.
  11. Siap untuk dihidangkan!

Sumber: Dea Noorfaizura

Baca juga: Resipi Memasak Asam Ikan Talang, Lauk Ini Pun Sudah Cukup Untuk Menarik Selera!



Source link

Scroll to Top