Siapa di sini penggemar kulit ayam goreng? Benar-benar nikmat menikmati kulit ayam yang baru sahaja digoreng. Rangup seperti kerepek, benar-benar sedap!
Ternyata masih banyak yang belum mengetahui cara menggoreng kulit ayam hingga rangup. Tak perlu pun teknik yang sukar.
Mahu tahu caranya? Mari kita lihat perkongsian oleh seorang pengguna Facebook bernama Rizal Kitchen di bawah.
Baca juga: Tips Cekodok Pisang Yang ‘Fluffy’ & Rangup, Memang Luar Biasa Bila Dinikmati!
RESEPI KULIT AYAM GORENG RANGUP
Berikut adalah resepi untuk kulit ayam yang rangup:
1. Basuh kulit ayam hingga bersih. Kemudian potong kecil, hindari potongan besar.
2. Setelah selesai dipotong, masukkan kulit ayam ke dalam sebiji mangkuk besar.
3. Tambahkan sedikit ajinomoto, garam, cili boh, kicap, tepung jagung dan serbuk kunyit.
4. Kemudian, gaul semua bahan bersama kulit ayam sehingga semuanya tercampur rata.
5. Panaskan minyak masak dalam kuali.
6. Apabila minyak sudah cukup panas, masukkan kulit ayam satu persatu dan masak sehingga menjadi garing.
7. Jika kulit ayam muncul di permukaan, ini menandakan ia sudah garing dan boleh diangkat menggunakan penapis untuk mengeluarkan minyak.
8. Siap untuk dinikmati semasa masih panas dan rangup. Sangat sedap! Selamat mencuba.
Sumber: Rizal Kitchen
Baca juga: Resipi Celup Tepung Rangup Krup Krap, Goreng Apa Saja Pun Boleh!