Gurihnya Udang Goreng Bawang Putih: Sekali Coba, Pasti Ingin Lagi!


udang goreng bawang putih

Jika ingin menyajikan hidangan yang lazat tanpa memerlukan banyak waktu, sediakan sahaja Udang Goreng Bawang Putih ini. Aroma harum bawang putih yang digoreng garing bersama udang segar sememangnya sukar untuk ditolak.

Resepi ini amat sesuai untuk hari-hari yang padat atau ketika anda kehabisan idea untuk memasak. Dengan bahan asas yang ada di dapur, anda sudah cukup untuk menghasilkan satu hidangan yang menarik.

Jutaan terima kasih kepada Liza Idris kerana berkongsi resipi Udang Goreng Bawang Putih di Facebook, hasilnya pasti membuat ramai terliur. Mari kita cuba!

Baca juga: Tip Udang Tidak Kecut Ketika Memasak, No. 3 Paling Ramai Tak Pernah Cubanya!

RESIPI UDANG GORENG BAWANG PUTIH

udang goreng bawang putih

Bahan-bahan:

  • 15 ekor udang galah (udang biasa juga boleh)
  • 7 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 3 sudu serbuk cili
  • Buttercup atau minyak masak
  • Garam atau gula secukup rasa
  • Daun sup
  • Daun bawang

Cara-cara memasak:

1. Pertama sekali, panaskan kuali dan masukkan buttercup, biarkan cair.

2. Masukkan udang, terbalikkan dan goreng hingga separuh masak, kemudian angkat dan ketepikan.

3. Masih menggunakan minyak butter yang sama, goreng bawang putih hingga garing, kemudian angkat dan ketepikan.

4. Selepas itu, tumis bawang besar hingga layu.

5. Masukkan udang dan serbuk cili, gaul hingga sebati.

6. Selanjutnya, masukkan bawang putih goreng yang telah disimpan dan gaul lagi sehingga mesra.

7. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula mengikut cita rasa.

8. Tambahkan daun sup dan daun bawang di atas. Siap untuk dihidangkan!

Selamat mencuba!

Sumber: Liza Idris

Baca juga: Udang Masak Lemak Tempoyak Cili Api Sangat Sedap, Hirup Kuahnya Terus Terangkat Selera!



Source link

Scroll to Top