Siapa yang tidak merasa cemas apabila minyak tiba-tiba berbuih sewaktu menggoreng di dapur? Ia bukan sahaja nampak tidak menyenangkan, tetapi juga boleh merosakkan rasa dan penampilan masakan.
Masalah minyak berbuih selalunya terjadi apabila terdapat sisa air, lebihan tepung atau bahan dengan kandungan kelembapan yang tinggi dalam minyak.
Selain itu, penggunaan minyak secara berulang juga dapat menjadi punca utama minyak cepat berbuih. Oleh itu, tidak digalakkan untuk menggunakan minyak yang sama terlalu sering.
Namun, jangan risau, tidak semestinya anda perlu membuang minyak tersebut. Dengan satu bahan dapur yang mudah iaitu asam keping, anda boleh menyelesaikan isu ini dengan segera.
Baca juga: 5 Cara Pastikan Minyak Betul-Betul Panas, Gunakan Tip Ini Sebelum Menggoreng
IKHTIAR MINYAK BERBUIH SEMASA MENGGORENG
Cara-cara:
1. Panaskan minyak seperti biasa.
2. Setelah minyak cukup panas, masukkan satu atau dua keping asam keping ke dalam minyak.
3. Biarkan ia terapung dalam minyak sepanjang proses penggorengan.
Asam keping akan membantu menyerap kotoran berlebihan dan mengurangkan buih. Selain itu, ia akan menjadikan minyak lebih stabil walaupun telah digunakan beberapa kali.
Petua tambahan agar minyak tidak berbuih:
1. Pastikan bahan yang hendak digoreng tidak basah atau berair.
2. Tapis minyak selepas setiap penggunaan untuk mengeluarkan sisa makanan.
3. Elakkan daripada menggunakan minyak terlalu banyak kali dan tukar apabila minyak sudah gelap dan berbau.
4. Gunakan periuk atau kuali yang bersih dan kering.
Semoga ini bermanfaat!
Kredit gambar muka depan: Facebook Shieda Shakir, Ezzan Syazatul
Sumber: Ezzan Syazatul
Baca juga: 6 Petua Agar Makanan Goreng Tidak Serap Minyak, Boleh Digunakan Nanti!