Apabila terasa jemu dengan ikan stim limau, mengapa tidak mencuba resipi ikan bawal stim ala Cina? Resipi ini sangat mudah dan sihat kerana tiada penggunaan minyak.
Untuk bahan-bahannya juga sangat senang dicari, seperti halia, ikan, cili padi, bawang putih dan bahan lain yang senang didapati.
Jika anda sedang dalam usaha menurunkan berat badan, hidangan yang dikukus seperti ini pastinya adalah pilihan yang terbaik. Mari cuba!
Baca juga: Resipi Ikan Tenggiri Masak Cuka, Lauk Mudah Sampai 3 Kali Tambah Nasi!
RESEPI IKAN BAWAL STIM ALA CINA
Senarai Bahan:
- Ikan bawal (dibersihkan dengan baik)
- Halia (dicincang halus)
- Cili padi (dicincang halus)
- Bawang putih (dicincang halus)
- Minyak masak
Bahan Sos:
- 2 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar minyak bijan
- Sedikit kiub ayam
Langkah-langkah:
- Kukus ikan bersama halia selama lebih kurang 5 minit sehingga ikan masak sepenuhnya dan aroma halia meresap ke dalam ikan.
- Setelah itu, tuang campuran bahan sos yang telah disediakan di atas ikan yang sudah dikukus.
- Hias ikan dengan taburan cili padi, halia cincang dan bawang putih untuk menambah rasa dan sedikit kepedasan.
- Kemudian, panaskan sedikit minyak dan tuangkan minyak panas ke atas ikan yang telah dihias.
- Hidangan ikan bawal stim ala Cina kini sedia untuk dinikmati!
Kredit resipi dan gambar: Avee Alisha
Baca juga: Resipi Sup Ikan Merah ‘Power’, Walaupun Masak Banyak Kali Pun Takkan Rasa Bosan