Ketika anda membuka paket mee kuning, tiba-tiba aroma kapur yang tajam menyengat. Sebelum menggunakannya, anda perlu memahami cara cuci mee kuning yang beraroma kapur ini terlebih dahulu.
Mee kuning sering digunakan untuk memasak mee goreng, mee kari atau mee bandung. Selain bihun, ia boleh dianggap bahan yang paling penting dan wajib berada di dapur.
Satu isu yang sering dihadapi ramai adalah baunya yang cukup mengganggu selera. Jika tidak dibersihkan dengan baik, mee yang dimasak nanti boleh terasa pahit dan tidak lezat dimakan.
Ramai tidak menyedari bahawa sebenarnya mee kuning perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum digunakan. Bukan sekadar membilas, tetapi ada cara untuk mencucinya dengan benar. Mari kita lihat langkah-langkahnya!
Baca juga: Resepi Mee Kuning Homemade ‘Gluten-Free’, Tanpa Tepung Gandum Pun Menjadi!
CARA CUCI MEE KUNING YANG BERBAU KAPUR
1. Pertama sekali, letakkan mee kuning ke dalam bekas yang besar (menggunakan besen pun boleh).
2. Seterusnya, tuangkan air yang sedikit suam ke dalam bekas tersebut.
3. Kemudian, pisahkan mee kuning hingga ia tidak saling melekat.
4. Seterusnya, masukkan sekitar 6 sudu besar gula perang atau gula putih.
5. Seterusnya, kacau sedikit supaya ia sebati dengan rata.
6. Setelah itu, biarkan selama lebih kurang setengah jam (dalam waktu ini, anda mungkin melihat minyak dari mee kuning mula keluar).
7. Akhirnya, bilas dengan air biasa dan toskan. Siap untuk digunakan dalam masakan!
Cara cuci mee kuning ini bukan hanya membantu menghilangkan aroma kapur, tetapi juga membantu mengurangi rasa pahit, menjadikan tekstur mee lebih sedap.
Semoga bermanfaat!
Sumber: wirdazul
Baca juga: Tauhu Rasa Masam Jangan Dibuang, Boleh Sedapkan Semula Dengan Cara Ini