Ikan Berempah Kicap Istimewa: Resipi Pedas Manis Dari Dapur Ibu!


ikan masak kicap berempah

Semua orang pasti merindui masakan ibu. Ada hidangan yang mudah sahaja, tetapi bila ibu yang menyediakan, rasa menjadi istimewa. Begitu juga dengan resipi Ikan Masak Kicap Berempah ini.

Jika kebiasaannya hanya menggoreng ikan yang rangup, cuba pula versi berempah ini. Kuah kicapnya pekat dengan rasa pedas manis dan harum dari daun kari serta jintan putih yang disangai.

Resipi Ikan Masak Kicap Berempah ini telah dikongsi oleh Pari Malar Thoraisingam di Facebook dan dia mempelajarinya daripada ibunya sendiri. Mari kita cuba!

Baca juga: Resipi Ikan Kaci Masak Asam Sangat Simple, Kuah Masam Pedas Buat Selera Makan!

RESIPI IKAN MASAK KICAP BEREMPAH

ikan masak kicap berempah

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan bawal emas (atau ikan pilihan lain)
  • 3 biji bawang merah (hiris halus)
  • 2 ulas bawang putih (hiris halus)
  • 1 inci halia (hiris halus)
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar sos cili
  • Sedikit serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk kari ikan, garam
  • Sedikit jintan putih (disangai)

Cara-cara memasak:

1. Pertama, perapkan ikan dengan serbuk cili, kunyit, serbuk kari ikan dan garam. Goreng sekejap sahaja, jangan sampai terlalu garing.

2. Seterusnya, panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari sehingga wangi.

3. Kemudian, masukkan kicap cair, kicap pekat, sos tiram, cuka dan sos cili. Tambah air dan gaul rata sehingga kuah sedikit pekat.

4. Akhir sekali, tuangkan kuah ke atas ikan yang sudah digoreng. Taburkan jintan putih yang disangai untuk meningkatkan aroma. Siap untuk dihidangkan!

Selamat mencuba!

Sumber: Pari Malar Thoraisingam

Baca juga: Ikan Masak Kicap Berkuah Pekat, Sampai Kawan Suami Pun Minta Resipi!



Sumber pautan

Scroll to Top