Ikan Tenggiri Berlado Pedas Manja: Hidangan yang Langsung Menjadi Kegemaran!


resepi ikan tenggiri berlado

Apabila membincangkan tentang hidangan yang digemari ramai, pastinya resepi Ikan Tenggiri Berlado menjadi pilihan utama kerana hidangan ini tidak pernah menghampakan sesiapa yang menikmatinya.

Tekstur ikan tenggiri yang segar dan tebal dengan rasa manis semulajadi, dipadankan dengan sambal berlado pedas dapat membuat sesiapa sahaja menambah nasi berkali-kali.

Nurul Ateekah telah berkongsi resepi Ikan Tenggiri Berlado yang sangat istimewa di Facebook dalam versi ringkas namun hasilnya tetap lazat dan mantap. Mari kita cuba!

Baca juga: Resepi Ikan Bilis Kentang Terung Tempe Berlado, Hidangan Menunggu Gaji yang Jimat Tapi Sedap!

RESEPI IKAN TENGGIRI BERLADO

resepi ikan tenggiri berlado

Bahan-bahan:

  • 7 hingga 8 kepingan ikan
  • 11 tangkai cili merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • ½ biji bawang besar*
  • 1 biji tomato (dibelah kepada empat)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 sudu kecil serbuk belacan
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • Garam (secukup rasa)
  • Gula (jika suka)

*Kisar atau tumbuk kasar bahan yang bertanda (*)

Cara-cara memasak:

1. Pertama sekali, lumurkan kunyit dan garam pada ikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan ikan dan goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.

2. Menggunakan minyak yang sama, masukkan cili yang telah dikisar, serai, dan daun limau purut. Tumis sehingga pecah minyak.

3. Setelah itu, masukkan tomato, serbuk belacan dan bahan-bahan lain. Gaul sehingga semua bahan sebati dan perasakan secukup rasa.

resepi ikan tenggiri berlado

4. Kemudian, masukkan ikan yang telah digoreng, gaul dengan semua bahan hingga rata dan biarkan seketika untuk masak.

5. Akhir sekali, angkat dan taburkan daun ketumbar. Siap untuk dihidangkan!

Kadang-kadang, hidangan mudah seperti ini yang paling menggugah selera. Rasa pedas manja sambal berlado bersama ikan tenggiri garing, sangat sesuai dengan nasi panas.

Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Ateekah

Baca juga: Ayam Balado Paling Padu, Satu Hidangan Je Buat Selera Makan Meriah!



Sumber pautan

Scroll to Top