Irresistible Korean Garlic Cheese Bread: The No-Knead Guna Roti ‘Burger’ You Must Try!


roti keju bawang putih korea​

Roti keju bawang putih Korea pernah mencipta fenomena di Malaysia pada suatu ketika. Mungkin anda salah seorang yang pernah mencubanya dan merasai keenakannya. Tetapi, ada juga yang masih belum sekali pun mencuba.

Maka, inilah kesempatan untuk anda mencuba menghasilkannya sendiri di rumah. Jangan khawatir, anda tidak perlu bersusah payah menguli adunan kerana resipi ini menggunakan roti burger yang mudah dijumpai di mana-mana pasar raya. Mari kita cuba!

Baca juga: Resipi Roti Celup Telur Sardin, Anak-Anak Cakap Sedap Tak Tipu!

RESEPI ROTI KEJU BAWANG PUTIH KOREA

roti keju bawang putih korea​

Bahan untuk roti:

  • Roti burger (1 pek, 10 biji, belah kepada 6 bahagian)

Bahan untuk cream cheese:

  • 250g cream cheese (Jenama Tatura)
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 50g dairy whipping cream

Bahan untuk sos garlic:

  • 100g mentega tulen
  • 1 ulas bawang putih cincang
  • 2 sudu besar mayonis
  • 1 biji telur gred A
  • Secubit parsley kering

Langkah-langkah:

1. Penyediaan Cream Cheese:

  • Pukul cream cheese, susu pekat manis, dan dairy whipping cream sehingga sebati.
  • Masukkan campuran cream cheese ke dalam piping bag.

2. Penyediaan Sos Garlic:

  • Cairkan mentega dalam mangkuk dan tunggu hingga suam.
  • Tambahkan bawang putih cincang, mayonis, telur dan parsley kering. Kacau hingga semuanya mesra.

3. Penyediaan Roti:

  • Panaskan oven pada suhu 170°C.
  • Paipkan cream cheese ke dalam setiap sudut roti.
  • Celupkan roti yang sudah diisi cream cheese ke dalam mangkuk sos garlic.
  • Bakar roti dalam oven selama 15 minit.

4. Siap dan sedia untuk dinikmati!

Kredit: Nurha Muhammad

Baca juga: Roti Nak Expired? Jom Buat Cucur Roti Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam



Sumber pautan

Scroll to Top