Musim bercuti sudah semakin dekat, tetapi masih bimbang untuk berpergian kerana tidak yakin tentang tempat makan halal, waktu solat atau aktiviti yang sesuai? Jangan khawatir, kini anda mempunyai rakan perjalanan yang boleh dipercayai!
Dari Mei hingga Disember 2025, syarikat peneraju penerbit digital Malaysia, REV Media Group (REV) di bawah jenama Sirap Limau, My Resipi, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia bergabung dalam satu kempen luar biasa yang disebut Halal Travel.
Ia dirancang khusus untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan rasa tenang, selamat dan penuh keyakinan!
Baca Juga: Resepi Sarapan Oatmeal, Sup & Wrap Yang Jimat Ketika Travel, Semua Mesra Poket!
Baca Juga: 10 Negara Bajet Dengan Pilihan Makanan Halal Sedap & Murah, Jalan-Jalan Tanpa Risau!
Kempen ini bukan sekadar rekomendasi tempat lawatan. Ia adalah usaha menyeluruh yang menyediakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.
MyResipi: Menumpukan kepada makanan halal & penjelajahan kulinari. Anda boleh mencari restoran halal, masakan tempatan yang perlu dicuba dan resipi mudah jika ingin memasak sendiri semasa bercuti.
VOCKET: Sesuai bagi yang gemar backpacking atau perjalanan solo. Terdapat tip bajet, tempat tersembunyi, street food halal dan maklumat keselamatan penting untuk pengembara bebas.
SirapLimau: Dikhususkan untuk keluarga yang berpergian dengan anak-anak. Ada senarai tempat selamat, restoran mesra keluarga dan tip perjalanan untuk ibu bapa Muslim.
Waktu Solat Malaysia melengkapkan semua platform ini dengan keperluan spiritual seperti waktu solat yang akurat dan arah kiblat.
Kempen Halal Travel dibahagikan kepada tiga fasa menarik mengikut musim dan keperluan pelancong:
Fasa 1 (Mei–Jun) menumpukan kepada pelancongan bajet dan lokasi-lokasi berpatutan yang ideal untuk anda yang ingin berjimat tanpa membelanjakan banyak.
Fasa 2 (Julai–September) pula memfokuskan kepada percutian yang berunsurkan pemulihan dan spiritual, sesuai bagi mereka yang mencari ketenangan dan waktu untuk merenung diri.
Akhir sekali, Fasa 3 (Oktober–Disember) memberikan perhatian kepada percutian sekolah dan keluarga, dengan cadangan destinasi yang mesra kanak-kanak dan tip untuk memudahkan ibu bapa bercuti bersama anak-anak.
Kempen ini dirancang
Atas 3 tiang utama:
Hidangan (Cuisine)
Apa yang ingin dinikmati? Di mana? Semua jawapan ada. Dari makanan jalanan halal hingga ke resipi DIY, semuanya telah dikumpulkan untuk memastikan perut kenyang dan hati ceria.
Petua & Maklumat (Travel Tips)
Tidak pasti di mana hendak solat? Tidak jelas tentang budaya setempat? Tenang, terdapat panduan solat, arah kiblat, serta maklumat berguna supaya anda tidak teraba-raba ketika tiba di negara orang.
Pengalaman (Experiences)
Jangan hanya travel untuk membeli-belah. Cuba pengalaman halal yang mesra seperti lawatan ke pasar seni, muzium Islam, atau aktiviti alam yang menenangkan.
Semua kandungan menarik ini boleh diakses melalui laman web khusus Halal Travel yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Jangan khuatir, semuanya diringkaskan dalam satu platform — mudah, cepat, dan pengguna mesra.
Laman web khusus Halal Travel ini juga menampilkan fitur menarik yang berguna semasa anda melancong seperti Qibla Finder yang membantu anda mencari arah kiblat di mana sahaja.
Di samping itu, ia menyajikan ciri Waktu Solat Mengikut Lokasi oleh Waktu Solat Malaysia. Jadi, anda tidak perlu mengira secara manual lagi!
Pengembara solo yang mencintai cabaran
Pencari makanan yang mementingkan status halal
Ibu bapa yang ingin merancang percutian untuk anak-anak
Anda yang ingin melancong dengan tenang tanpa ragu
Untuk maklumat lanjut mengenai Halal Travel, lawati www.myresipi.com/halaltravelmy
Jangan lupa untuk mengikuti Sirap Limau, My Resipi, VOCKET, dan Waktu Solat Malaysia di Facebook, Instagram, dan TikTok untuk lebih banyak panduan, petua, serta inspirasi travel halal sepanjang tahun!