Untuk mengawal kolesterol secara alami, anda boleh mencuba membuat Jus Nanas Labu Siam. Minuman ini bukan sahaja lazat, tetapi juga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan dalaman.
Kolesterol tinggi adalah salah satu isu kesihatan yang sering diabaikan. Tanda awal biasanya termasuk rasa letih, mengantuk, pening, dan kurang bermotivasi untuk bergerak. Jika dibiarkan, ini boleh menyebabkan masalah jantung dan tekanan darah tinggi.
Perkongsian daripada Eychah MizzAishah di Facebook adalah sangat menarik kerana beliau menyediakan Jus Nanas Labu Siam ini untuk suaminya yang menghadapi masalah kolesterol. Beliau menyatakan bahawa selepas mengamalkan, badan terasa lebih ringan, jarang mengalami sakit kepala, dan proses detox berjalan dengan baik.
Baca juga: Bukan Sekadar Buah Saja Sedap, Rupanya Air Rebusan Daun Durian Belanda Mempunyai 7 Khasiat Tersembunyi
RESIPI JUS NANAS LABU SIAM
Bahan-bahan:
- Sebuah nenas (kupas bersih)
- Sebuah labu siam (buang kulit dan potong kecil-kecil)
- 1 hingga 2 cawan air masak (ikut kepekatan, untuk jus)
*Untuk smoothie, tidak perlu menambah air.
Cara-cara membuat smoothie:
1. Kupas nenas dan potong dengan saiz kecil.
2. Kisar nenas perlahan tanpa air sehingga jus keluar.
3. Tambahkan labu siam yang telah dipotong, teruskan mengisar hingga sebati.
4. Sedia untuk diminum, lebih enak jika disimpan sejuk dalam peti ais.
Cara-cara membuat jus:
1. Masukkan nenas, labu siam dan air dalam blender.
2. Kisar sehingga halus.
3. Tapis jika ingin tekstur yang lebih lembut, atau boleh dinikmati terus.
4. Simpan dalam peti sejuk, hidangan sejuk sangat menyegarkan.
Cara minum:
1. Minum 1 cawan sebelum tidur atau 1 cawan sebelum sarapan (bagi yang tidak menghadapi masalah gastrik).
2. Amalkan setiap hari sehingga habis satu adunan jus.
3. Pastikan juga minum banyak air kosong untuk membantu mengeluarkan kolesterol dan lemak yang telah dipecahkan dari badan.
*Peringatan: Jika ada masalah asam urat atau gout, disarankan untuk merujuk doktor terlebih dahulu sebelum mencuba.
Beberapa khasiat yang terdapat dalam Jus Nanas Labu Siam jika diamalkan secara konsisten:
- Menurunkan tahap kolesterol dalam darah.
- Membantu mengurangkan berat badan.
- Melancarkan proses penghadaman dan memudahkan buang air.
- Membersihkan salur darah yang tersumbat.
- Mengurangkan sakit kepala & membuat badan terasa lebih ringan.
- Menyokong proses detox secara alami.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Eychah MizzAishah
Baca juga: Badan Cepat Lesu & Mengantuk? Cuba Petua Minum Air Asam Kunyit Ini