Kacang Merah Aiskrim Malaysia: Nostalgia Manis dan Krim dari Zaman Sekolah!


aiskrim malaysia kacang merah

Kenangan semasa sekolah yang sukar dilupakan adalah menikmati Aiskrim Malaysia Kacang Merah. Walaupun kedinginan hingga membuatkan tangan menggigil, tetapi memuaskan saat menikmatinya.

Aiskrim Malaysia merupakan sejenis aiskrim tradisional tempatan yang dibekukan dalam plastik panjang dan sangat terkenal di Malaysia sejak bertahun-tahun lamanya, terutamanya pada zaman 80-an dan 90-an.

Pada kali ini, kami ingin berkongsi resipi Aiskrim Malaysia Kacang Merah dari Siti Norazliana di Facebook yang dapat membawa anda kembali ke zaman sekolah yang penuh dengan rasa nostalgia.

Baca juga: Cara Membuat Aiskrim Malaysia Perisa Jagung, Rasa Betul Lemak Manisnya!

RESIPI AISKRIM MALAYSIA KACANG MERAH

aiskrim malaysia kacang merah

Bahan-bahan:

Cara-cara menyediakan:

1. Pertama, rendam kacang sepanjang malam dan rebus hingga lembut, lalu lenyekkan (lebih lama merendam kacang, lebih baik dan mudah lembut).

*Saya suka menambah lebih kacang merah, resipi di atas adalah anggaran sahaja.

2. Selepas itu, masak 1½ liter air dan 1 cawan gula di atas dapur sehingga gula larut.

3. Campurkan 3 sudu tepung pulut dan 3 sudu tepung jagung, kemudian tuang dalam air gula tersebut. Kacau hingga tepung hilang, untuk kemudahan, gunakan mixer.

4. Selanjutnya, masukkan ½ tin susu pekat, 1 kotak santan kecil, 1 tin susu cair, sedikit garam dan sirap untuk warna yang menarik.

aiskrim malaysia kacang merah

5. Kemudian, gunakan api kecil dan kacau hingga mendidih. Tambahkan kacang yang telah dilenyek dan kacau hingga kacang sebati, kemudian matikan api.

6. Akhir sekali, masukkan aiskrim dalam plastik aiskrim dan bekukan semalaman. Siap untuk dinikmati!

Jika anda tidak mempunyai plastik aiskrim, anda masih boleh membuat resipi Aiskrim Malaysia Kacang Merah ini menggunakan bekas biasa sahaja.

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Norazliana

Baca juga: Aiskrim Malaysia Bluemint Dynamite, Warna Biru Yang Berbeza!



Sumber pautan

Scroll to Top