Untuk peminat hidangan pencuci mulut yang lembut, manis, dan sejuk menyegarkan, resipi Puding Karamel tanpa kukus ini sangat sesuai untuk dicuba. Selain itu, resipi ini tidak memerlukan telur sama sekali.
Meski tanpa telur, Puding Karamel ini tetap mempunyai tekstur gebu dan sangat menggoda. Yang lebih menariknya, ia sangat mudah untuk disediakan, hanya perlu dimasak di atas dapur dan kemudian disimpan dalam peti sejuk.
Kami mengucapkan terima kasih kepada Nordiana Ab Kadil atas perkongsian resipi Puding Karamel tanpa kukus dan telur yang menarik di Facebook ini. Mari kita cuba bersama!
Baca juga: Resepi Puding Roti Karamel Tanpa Susu Cair, Sekali Suap Terus Rasa Nikmat
RESIPI PUDING KARAMEL TANPA KUKUS & TELUR
Bahan-bahan puding:
- 1 paket serbuk agar-agar jernih
- 4 cawan air
- 1 susu tin cair
- 1 cawan susu pekat
- 3 sudu makan tepung kastard
- Sedikit esen vanilla
Bahan karamel:
- 3 sudu makan gula pasir
- 2 sudu makan air
Cara-cara membuat:
1. Pertama, masukkan gula ke dalam kuali dengan api perlahan. Biarkan ia cair dan bertukar warna keperangan. Matikan api dan tambahkan air sedikit demi sedikit, kemudian aduk rata dan tuangkan ke dalam loyang.
2. Selepas itu, campurkan semua bahan puding ke dalam periuk. Kacau sehingga semua bahan bergabung sebelum menghidupkan api besar. Masak sehingga benar-benar mendidih dan pekat.
3. Setelah puding suam, tuangkan ke dalam loyang yang sudah dimasuki karamel. Simpan dalam peti sejuk selama lebih kurang 2 hingga 3 jam.
4. Terakhir, terbalikkan loyang ke atas pinggan besar dan potong mengikut selera. Siap untuk dinikmati!
Selamat mencuba!
Sumber: Nordiana Ab Kadil
Baca juga: Resepi Puding Karamel Kukus Guna Roti Gardenia, Hasil Pasti Menjadi!