Banyak yang menyukai kari mamak kerana cita rasanya yang pekat, berempah dan harum menawan. Walaupun ketiadaan santan, anda tetap boleh menyediakan hidangan lazat dengan resepi Kari Ayam Mamak ini.
Keistimewaan dalam resepi Kari Ayam Mamak ini terletak pada gabungan rempah, teknik menumis dan bahan segar yang digunakan dengan tepat.
Jika anda peminat kari mamak, boleh ikuti resepi Kari Ayam Mamak yang dikongsikan oleh Gerrardo de Guruny di Facebook ini. Ayo kita coba!
Baca juga: 6 Tips Memasak Kari Agar Kuah Menawan dan Rasa Lebih Hidup!
RESEPI KARI AYAM MAMAK
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam (dipotong 16 bahagian)
- 220g serbuk kari ayam atau daging
- 1kg bawang besar
- Daun kari
- 8 ulas bawang putih
- 1 ketul halia sebesar penumbuk
- Sos tiram secukupnya
- Serbuk kunyit
- Bahan tumis 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga, cengkih)
- Serbuk garam masala
- Garam secukup rasa
- Asam keping
- Serbuk perasa Hilal (pengganti MSG, pilihan)
- Serbuk cili atau cili kisar (mengikut tahap kepedasan)
Cara-cara memasak:
1. Gabungkan hirisan bawang putih, bawang merah dan halia bersama daun kari serta bahan 4 sekawan. Rendam sejenak dalam air agar tidak meletup semasa menumis dan toskan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan hirisan tadi hingga berwarna kekuningan. Masukkan bawang, halia dan bawang putih yang telah dikisar halus. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Tambahkan serbuk cili, kemudian masukkan rempah kari kering (tanpa air) dan masak dengan api perlahan hingga harum.
4. Setelah rempah masak, tambahkan sedikit air. Masukkan ayam, sos tiram, serbuk kunyit dan garam masala (2 sudu besar untuk 1 ekor ayam). Kacau hingga sebati.
5. Akhirnya, masukkan garam, asam keping dan serbuk perasa Hilal. Jika suka, boleh juga tambahkan ubi kentang. Masak dengan api sederhana hingga ayam empuk dan kuah pecah minyak.
Selamat mencuba!
Sumber: Gerrardo de Guruny
Baca juga: Kari Sotong Mamak Yang Lembut Dan Tidak Liat, Sebijik Macam Di Kedai Nasi Kandar