Resep kari sotong boleh disediakan dengan pelbagai cara, tetapi gaya kampung sering menjadi pilihan utama kerana rasanya yang tulen tanpa bahan yang rumit.
Bagi mereka yang ingin mencuba sesuatu yang berbeza, cubalah resepi ini. Ia bukan sahaja enak, malah penyediannya juga mudah dan pantas, sesuai untuk hidangan seisi keluarga.
Baca juga: Resipi Sambal Sotong ‘Legend’ Seperti Mak Kita Buat, Terasa Nostalgia!
RESEPI KARI SOTONG GAYA KAMPUNG
Bahan-bahan:
- 500g sotong (dibersihkan dan dipotong mengikut ukuran yang diingini)
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 1 inci halia (dihiris nipis atau ditumbuk)
- 2 tangkai daun kari
- 2 sudu besar serbuk kari ikan (dibancuh dengan sedikit air menjadi pes)
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 biji tomato (dipotong dadu)
- 1 biji cili hijau (dibelah dua)
- 200ml santan cair
- Minyak untuk menumis
- Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan daun kari hingga mengeluarkan aroma yang sedap.
- Masukkan pes serbuk kari dan serbuk kunyit. Tumis sehingga pecah minyak (anggaran 3-5 minit).
- Tambahkan tomato dan kacau seketika. Kemudian masukkan sotong. Gaul rata dan masak hingga sotong mula mengeluarkan airnya.
- Tuangkan santan cair dan kacau hingga sebati. Biarkan mendidih sekejap (jangan terlalu lama agar sotong tidak menjadi liat).
- Tambah garam, gula dan cili hijau jika dicari. Kacau dan sesuaikan rasa mengikut selera anda.
- Angkat dan hidangkan panas bersama nasi putih.
Sumber: Shauki Ki
Baca juga: Resipi Sotong Sumbat Bakar Ala Thai, Sedap Sampai Dalam Mimpi!