Karipap Carbonara: Sentuhan Kontemporari untuk Kegemaran Anak!


karipap carbonara

Kuih karipap yang sering kita kenali dengan isi daging atau kentang berempah. Namun kali ini, mari kita cuba karipap carbonara yang berbeza.

Sesuai untuk hidangan ringan atau snek istimewa, terutama jika anak-anak mahukan sesuatu yang lebih moden dan unik.

Rasanya yang lembut dan berkrim dari isi carbonara ditambah dengan tekstur kulit karipap yang rangup pasti akan membuat sesiapa sahaja terpesona!

Baca lagi: Resepi Cucur Udang Rangup, Wanita Ini Ajar Cara Mudah Buat Guna Senduk

RESIPI KARIPAP CARBONARA

Ingredient untuk kulit karipap (Anggaran 10 biji):

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras (untuk kelembutan dan kerenyahan)
  • 1/2 sudu teh garam
  • Air sejuk (ais)
  • 2 sudu besar margerin yang dicairkan + 1 sudu besar minyak masak (dipanaskan)

Cara-cara menyediakan kulit karipap:

1. Satukan tepung gandum, tepung beras dan garam dalam sebuah bekas.

2. Tuangkan margerin cair yang sudah dipanaskan ke dalam campuran tepung tersebut.

3. Uli bahan-bahan tersebut dengan air ais sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi elastik dan mudah dibentuk.

4. Setelah itu, biarkan adunan seketika untuk rehat sebelum dibentuk menjadi kulit karipap.

Ingredient untuk isi karipap carbonara:

  • 4 biji kentang, dipotong dadu kecil
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 1 biji bawang Holland, dipotong dadu
  • Prego carbonara (secukupnya)
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • Isi ayam atau daging (mengikut pilihan, dipotong kecil)
  • 2 keping keju cheddar
  • Bahan perasa secukupnya (garam, gula, dan perasa pilihan)
  • Daun parsley untuk hiasan dan rasa

Cara-cara membuat isi karipap carbonara:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang Holland hingga wangi.

2. Masukkan ayam atau daging, dan masak sehingga bahan tersebut masak sepenuhnya.

3. Kemudian, masukkan kentang yang telah dipotong dadu. Tambahkan sedikit air dan biarkan kentang menjadi empuk.

4. Selepas itu, masukkan serbuk lada hitam dan Prego carbonara secukupnya, bersama bahan perasa seperti garam dan gula.

5. Kacau rata, dan masukkan keju cheddar yang telah dipotong kecil. Biarkan keju melarut dan sebati dengan isi.

6. Akhir sekali, masukkan daun parsley untuk memberikan rasa segar dan aroma yang menyelerakan.

Penyediaan karipap:

1. Ambil adunan yang telah dibiarkan rehat dan bahagikan kepada beberapa bahagian kecil.

2. Canai adunan menjadi bulatan kecil, kemudian letakkan sedikit isi di tengah.

3. Lipat dan bentuk seperti karipap biasa. Pastikan tepi-tepi karipap dipicit rapat agar isi tidak keluar semasa digoreng.

4. Goreng karipap dalam minyak panas sehingga keemasan dan rangup. Angkat dan toskan minyak.

Selamat mencuba!

Sumber: Marsha Yanie

Baca lagi: Resipi Ikan Duri Kuah Lada, Gabungan 3 Rasa Gerenti Buat Tambah Nasi!



Sumber pautan

Scroll to Top