Agar agar gula merah merupakan hidangan pencuci mulut tradisional yang digemari ramai. Kombinasi manis dari gula merah dengan kemewahan santan adalah paduan yang ideal. Namun, adakah anda pernah mencuba untuk membuatnya sendiri di rumah tetapi lapisan santannya tidak berhasil tebal dan menawan?
Jangan risau! Resipi agar-agar gula merah ini mempunyai rahsia istimewa untuk menghasilkan lapisan santan yang kukuh dan cantik berombak. Kuncinya sangat mudah, gunakan santan dalam kotak dan kacau tanpa henti sehingga mendidih.
Bayangkan, aroma harum gula merah dan santan memenuhi ruang dapur ketika anda sedang memasak. Agar-agar tampil pada lapisan yang menawan, mempunyai tekstur yang pejal serta rasa lemak manis. Memang memuaskan! Ayuh, kita cuba resipi mudah ini, pasti menjadi!
Baca juga: Resipi Agar-Agar Soya Cincau Yang Unik, Pasti Ramai Belum Pernah Cuba!
RESEPI AGAR AGAR GULA MERAH SANTAN
Bahan-bahan:
- 18 gram agar-agar tali
- Daun pandan (2-3 helai, diikat)
- 1 biji telur
- 1 cawan gula merah (dipotong kecil atau disisir halus)
- ¾ cawan gula pasir
- 1 kotak kecil santan (200 ml)
- 5 cawan air
- Secubit garam
Cara-cara:
- Didihkan air bersama agar-agar dalam kuali sehingga larut. Masukkan daun pandan yang telah diikat.
- Tambah gula merah dan gula pasir. Kacau hingga semuanya larut dan hancur.
- Sementara itu, gabungkan santan, telur, dan garam dalam mangkuk. Kacau sehingga rata.
- Setelah gula larut, matikan api dan tapis adunan agar-agar untuk membuang sisa daun pandan dan kotoran.
- Masukkan kembali adunan yang telah ditapis ke dalam kuali. Masak semula dengan api sederhana.
- Masukkan campuran santan, telur dan garam. Kacau perlahan dan berterusan agar santan tidak berketul.
- Biarkan mendidih dan sedikit berbuih. Matikan api.
- Siap untuk dituangkan ke dalam loyang.
- Basahkan loyang terlebih dahulu agar agar-agar dapat terbalikkan dengan mudah nantinya. Biarkan sejuk dan jika inginkan cepat keras, masukkan ke dalam peti sejuk selama 1-2 jam.
- Setelah dikeluarkan dari peti sejuk, sister sedikit bahagian tepi agar-agar menggunakan pisau. Kemudian, terbalikkan loyang di atas piring atau dulang.
- Potong agar-agar mengikut saiz yang diinginkan. Wangi dan betul-betul manis lemak rasanya!
- Agar-agar akan kelihatan menawan selepas dipotong dengan tekstur yang pejal.
Sumber: Mizah Ngatiman
Baca juga: Resipi Agar-Agar Lumut Pandan Kurang Manis, Pasti Sesuai Dengan Selera!