Keajaiban Chee Cheong Fun Udang: Nikmati Versi Mudah dengan Kertas Nasi!


resepi chee cheong fun

Peminat kuliner Cina sangat bersemangat apabila mengetahui adanya resepi Chee Cheong Fun Udang yang begitu mudah dan dapat disiapkan dengan hanya menggunakan rice paper.

Chee Cheong Fun adalah salah satu jenis kuih dim sum yang terkenal dalam masakan Cina. Resepi dasar untuk hidangan ini sebenarnya melibatkan tepung beras, air, garam, dan minyak makan.

Baru-baru ini, Fadz Samsudin telah berkongsi resepi Chee Cheong Fun Udang di Facebook, yang menarik perhatian ramai kerana pengunaannya rice paper dan hasil akhirnya sangat memuaskan. Jom kita cuba!

Baca juga: 10 Jenis Udang Yang Anda Selalu Makan, Rupanya Ada Perbezaan Untuk Masakan Tertentu!

RESEPI CHEE CHEONG FUN UDANG GUNA RICE PAPER

resepi chee cheong fun

Bahan-bahan:

  • Udang
  • Rice paper
  • Daun bawang
  • Lada putih
  • Kicap cair

Bahan-bahan soy sauce:

Bahan-bahan chili oil:

  • Minyak masak
  • Serbuk cili kasar*
  • Serbuk cili halus*
  • Serbuk cili*
  • Minyak bawang putih
  • Gula*
  • Perasa*
  • Udang kering*
  • Daun ketumbar
  • Halia
  • Daun bawang
  • Shichuan peppercorn

Cara-cara memasak:

1. Pertama sekali, kupas kulit udang dari isi.

2. Selepas itu, perap udang menggunakan kicap cair dan lada putih semalaman atau selama 2 hingga 3 jam.

3. Kemudian, lembapkan rice paper dan balut udang seperti yang ditunjukkan dalam gambar.

resepi chee cheong fun

4. Seterusnya, kukus selama 8 minit.

5. Sementara itu, sediakan soy sauce dengan mencampurkan semua bahan dan masak di atas api dalam seketika.

6. Untuk membuat chili oil, panaskan minyak dan tumis daun ketumbar, halia, daun bawang, serta shichuan peppercorn hingga menikmat bau yang harum.

7. Setelah terbentuk aroma, tapis dan angkat kerana kita hanya mahukan aroma dari minyak ini.

8. Campurkan bahan bertanda (*) dan gaul sehingga rata.

9. Setelah minyak panas, tuangkan minyak ke dalam campuran cili tadi, tetapi bahagikan tuang kepada 3 kali, jangan tuang sekaligus.

10. Akhir sekali, siapkan minyak bawang putih dan campurkan ke dalam campuran cili tersebut. Siap untuk dihidangkan!

Tidak terfikir menggunakan rice paper pun dapat menghasilkan resepi Chee Cheong Fun Udang yang sungguh enak. Cara menikmati hidangan ini adalah dengan menuangkan soy sauce di atas udang bersama chili oil yang pastinya pedasnya sangat terasa.

Selamat mencuba!

Sumber: Fadz Samsudin

Baca juga: Resepi Kuey Teow Thng Yang Sedap, Makin Berselera Hirup Kuahnya



Source link