Hidangan beef stew merupakan satu makanan yang tergolong sebagai ‘comfort food’. Kuahnya kental, berperisa dan penuh aroma yang mengingatkan kita pada lasagna, kuah bolognese atau pizza.
Selalunya, sajian ini dihidangkan di kafe atau restoran barat dengan harga yang agak tinggi, terutama jika menggunakan daging premium atau potongan ekor dan tulang.
Tetapi jangan risau, kita boleh memasaknya sendiri di rumah dengan rasa yang sama enaknya, tanpa tekanan dapur pun boleh jadi!
Lagi nikmat jika dinikmati bersama roti bakar berperisa garlic dan secawan teh panas. Ingin tahu rahsia memasak beef stew yang lazat walaupun tanpa periuk tekanan tinggi? Jom kami kongsikan resipinya di bawah!
Baca juga: Rahsia Mee Rebus Daging Yang Sedap Terangkat, Patutlah Ramai Suka!
RESIPI BEEF STEW
Bahan-bahan:
- Daging (gunakan 67, topside, tulang dan ekor. Semua ini boleh diperoleh dengan harga rendah dari kedai beku)
- Sekadar sedikit minyak masak
- 1 sudu besar mentega
- 1 biji bawang Holland (dihiris)
- 3-4 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 1 biji tomato (didadu)
- 1 sudu besar tepung gandum
- Air secukupnya (untuk kuah)
- 1-2 cawan daging stok / 1-2 kiub stok daging (Knorr atau Masako)
- 2-3 sudu besar tomato purée (atau 1 tin besar)
- 1 sudu besar sos Worcestershire
- 1 sudu teh gula perang
- Garam secukup rasa
- ½-1 sudu teh serbuk paprika atau serbuk cili
- Garam hitam kasar secukupnya
- 1-2 helai daun salam
- 1 sudu teh campuran herba kering (mix herbs)
- 2-3 biji ubi kentang (dipotong besar)
- 2 batang lobak merah (dipotong kasar)
Cara memasak:
- Panaskan minyak bersama mentega. Tumis daging sehingga keemasan di sekelilingnya.
- Setelah garing, angkat dan ketepikan. Pastikan potongan daging agak besar, jangan kecil agar puas makan.
- Dalam kuali/periuk yang sama, tumiskan bawang holland, bawang putih dan tomato.
- Masukkan sedikit tepung gandum. Ingat, mula-mula kita gunakan mentega, kan? Jadi apabila mentega + tepung gandum = roux. Roux ini berfungsi untuk menebalkan kuah.
- Tambahkan air bergantung pada banyak mana kuah yang diingini.
- Apabila air mula panas, sambil itu kikis sisa daging dalam periuk. Kita hendak mendapatkan ‘essence’ daging tersebut.
- Kemudian masukkan daging stok. Jika tiada, boleh guna kiub lembu Knorr atau Masako.
- Tambahkan pula sos Worcestershire, purée tomato (saiz besar), sedikit gula perang dan garam, serbuk paprika atau serbuk cili, lada hitam kasar, daun salam dan campuran herba.
- Seterusnya, masukkan daging yang digoreng tadi.
- Akhir sekali, masukkan ubi kentang dan lobak merah. Jangan terlalu banyak letak ubi kentang dan jangan masak terlalu lama. Nanti kuah akan menjadi terlalu pekat.
- Resipi ini tidak menggunakan periuk tekanan, jadi gunakan kaedah tradisional iaitu masakan perlahan. Tempoh memasak selama 3 jam. Memang memuaskan, daging cukup lembut dan hampir hancur sebaik digigit.
Sumber: Wan Luqman
Baca juga: Resipi Daging Goreng, Daging Rasa Lembut & Warna Kicap Nampak Berseri!