Resepi kaswi gula merah merupakan salah satu hidangan tradisional yang sering disukai ramai. Walaupun jarang dihasilkan di rumah, kuih ini memiliki rasa yang sangat istimewa dan tekstur lembut yang memikat hati.
Resipi di bawah ini amat sesuai bagi anda yang ingin mencuba untuk membuat kuih kaswi gula merah yang enak, mengikut cita rasa yang paling sesuai dengan selera.
Jom eksperimen dengan resipi kaswi gula merah yang tersedia di bawah ini.
Baca lagi: Cara Membuat Apam Kampung Mudah Dengan 5 Bahan, Hasilnya Lembut!
RESEPI KASWI GULA MERAH
Bahan-Bahan Utama
Bahan A (Untuk Air Gula):
- 1 cawan gula merah
- 1 cawan gula pasir
- 2 cawan air
- 1 helai daun pandan
Bahan B (Untuk Adunan Tepung):
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung ubi kayu
- 3 cawan air
- 2 sudu besar larutan air kapur (1 sudu teh kapur makan + 2 sudu besar air, campur hingga larut)
Bahan C (Kelapa Parut):
- 1 biji kelapa parut putih
- Sedikit garam
Cara Menghasilkan Kuih Kaswi Gula Merah:
1. Gabungkan semua bahan A (gula merah, gula pasir, air, dan daun pandan) ke dalam periuk.
2. Masak sehingga gula larut sepenuhnya.
3. Angkat dan biarkan larutan gula menjadi suam sebelum digunakan.
4. Dalam mangkuk besar, satukan tepung gandum dan tepung ubi kayu.
5. Tuangkan larutan gula yang telah suam ke dalam campuran tepung ini. Kacau hingga sebati.
6. Masukkan baki air dan air kapur ke dalam adunan, lalu kacau sekali lagi hingga semua bahan tercampur rata.
7. Tapis adunan ini untuk memastikan tekstur yang halus dan bebas daripada ketulan.
8. Sediakan loyang berukuran 9″ atau 10″, oleskan minyak masak di seluruh permukaan untuk mengelakkan kuih melekat.
9. Tuangkan adunan yang telah ditapis ke dalam loyang tersebut.
10. Panaskan kukusan dan kukus adunan selama 40-45 minit dengan api sederhana.
11. Pastikan penutup kukusan dilapisi dengan kain bersih bagi mengelakkan wap air menitik ke atas kuih.
12. Gaulkan kelapa parut putih bersama sedikit garam untuk penambah rasa.
13. Kukus kelapa sekejap untuk memastikan ia kekal segar dan tidak cepat rosak.
14. Setelah kuih masak, biarkan ia sejuk sepenuhnya sebelum dipotong. Proses penyejukan biasanya mengambil masa 4-5 jam untuk hasil terbaik.
15. Gunakan pisau plastik yang telah disapu minyak untuk memotong kuih agar hasil potong lebih rapi.
16. Sajikan kuih yang telah dipotong beserta kelapa parut yang telah disediakan.
Tip Tambahan
- Pastikan loyang yang digunakan telah dioleskan minyak secukupnya supaya kuih tidak melekat.
- Elakkan memotong kuih ketika ia masih panas, kerana teksturnya akan mudah pecah dan tidak menarik.
- Penggunaan air kapur adalah cara untuk mendapatkan tekstur kuih yang lembut tetapi tidak terlalu cair.
Dengan resipi ini, anda dapat mencipta kuih kaswi gula merah yang lembut, manis, dan sempurna untuk dinikmati bersama keluarga.
Selamat mencuba!
Sumber: Rahel Home Made
Baca lagi: Resipi Kuih Cara Manis Inti Gula Merah, Setiap Gigitan Membawa Rasa Lemak Manis!