Agak sukar untuk mencari peniaga yang menjual Kek Pisang Karamel di luar sana kerana ia adalah salah satu kek yang jarang dihasilkan. Namun, kelazatannya memang tidak dapat dinafikan.
Kek Pisang Karamel atau dikenali juga sebagai kek pisang gula hangus adalah kombinasi antara kek pisang dan puding karamel yang sangat menggugah selera.
Jika anda teringin untuk mencubanya, boleh mengikuti resipi Kek Pisang Karamel yang disediakan oleh Fauziah Yahya di Facebook ini. Ayo kita cuba!
Baca juga: Perbandingan Butter Dan Marjerin, Mana Yang Lebih Baik Untuk Membuat Kuih Atau Kek?
RESEPI KEK PISANG KARAMEL
Bahan-bahan untuk karamel:
- 7 sudu besar gula
- 7 sudu besar air
Bahan-bahan untuk puding:
Bahan-bahan untuk kek pisang:
- 2 cawan tepung naik sendiri
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 cawan gula perang atau gula pasir
- 3 biji telur
- 1 cawan minyak jagung atau minyak masak
- 1 cawan pisang berangan (dihancurkan)
- 3 sudu besar susu pekat atau susu tepung
Cara-cara untuk membuat karamel:
1. Lelehkan gula dalam periuk di atas api perlahan sehingga ia menjadi karamel dan kacau, kemudian tambahkan air.
2. Tuangkan karamel ke dalam loyang 10×10 dan ratakan, kemudian ketepikan dan biarkan sejuk.
Cara-cara untuk menyediakan puding:
1. Gabungkan semua bahan puding dan kisar hingga halus.
2. Tapis dan masukkan ke dalam loyang yang telah berisi karamel.
3. Tutup loyang menggunakan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.
Cara-cara untuk membuat kek:
1. Gaulkan telur, gula dan esen vanilla dalam mixer sehingga sebati.
2. Masukkan susu, minyak jagung dan pisang, kemudian kisar lagi.
3. Setelah itu, masukkan tepung dan kacau hingga rata.
4. Tuang adunan ke atas karamel dan kukus selama 45 minit.
5. Setelah masak, biarkan kek sejuk selama 30 minit sehingga tepi kek terpisah dari loyang.
6. Gunakan pisau untuk melonggarkan tepi kek dan dengan perlahan terbalikkan di atas bekas. Kemudian, boleh dipotong. Siap untuk dinikmati!
Selamat mencuba!
Sumber: Fauziah Yahya
Baca juga: Resepi Kek Karamel Pelangi Sukatan Cawan, Hasil Cantik Bila Dipotong!