Banyak yang berusaha mencipta Kuih Ropa Terengganu, tetapi kulitnya sering kali pecah atau tidak menjadi. Jangan bimbang, kali ini kami berkongsi resipi yang sangat mudah untuk disediakan di rumah.
Perkongsian cara membuat Kuih Ropa Terengganu oleh Nor Haslina Md Nor di Facebook telah menarik perhatian ramai kerana hasil kulitnya lembut dan tidak mudah robek. Mari kita cuba!
Baca juga: Rahsia Kuih Samosa yang Luar Biasa Sedap, Wajib Tambah Bahan ‘Ini’ Semasa Membuatnya!
RESIPI KUIH ROPA TERENGGANU
Bahan-bahan inti:
- 1kg ikan selayang (dibersihkan, direbus dengan sedikit garam kasar dan sekeping asam keping)
- 1 inci halia (dihiris nipis)
- 16 biji bawang merah (hiris nipis)
- 1 sudu besar halba
- 1 cawan santan
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan kulit:
Cara-cara membuat inti:
1. Setelah ikan direbus, asingkan tulang dan hancurkan isi ikan sehingga halus.
2. Campurkan ikan dengan halia, bawang, halba dan santan ke dalam kuali.
3. Masak dengan api sederhana sehingga kering (kering lembap, bukan kering seperti serunding).
4. Sebelum semua air menguap, perasakan dengan garam dan gula.
Cara-cara membuat kulit:
1. Gabungkan semua bahan dalam pengisar.
2. Kisar sehingga sebati dan adunan menjadi licin.
3. Panaskan kuali non-stick, oles sedikit minyak jika diperlukan.
4. Ceduk sesenduk kecil adunan, tuang dan ratakan di atas kuali (seperti membuat lempeng nipis).
5. Masak hingga permukaan atas kelihatan kering dan kulit mulai terpisah dari kuali. Tak perlu dibalikkan.
6. Segera angkat dan letakkan di atas pinggan, isi dengan inti pilihan dan lipat.
7. Setelah semua siap digulung, boleh digoreng semula dengan sedikit minyak di kuali lain hingga kekuningan.
*Tips: satu adunan ini boleh menghasilkan lebih 20 keping Kuih Ropa Terengganu, bergantung pada saiz dan ketebalan yang anda buat.
Selamat mencuba!
Sumber: Nor Haslina Md Nor
Baca juga: Resepi Kuih Ropa Berinti Sedap, Guna Sukatan Ini Pasti Rangupnya Berhasil!