Keajaiban Onde Onde Labu: Resipi Lezat yang Tak Pernah Gagal!

Onde-onde ialah kuih tradisional yang sangat popular, dibuat menggunakan tepung pulut yang dikukus dan dibalut dengan kelapa parut. Namun, kali ini MyResipi ingin membagikan inovasi, yaitu resepi onde onde labu.

Secara lazim, onde-onde berwarna hijau berkat penggunaan daun pandan sebagai pewarna. Tetapi kali ini, mari kita cuba sesuatu yang luar biasa iaitu onde-onde yang dihasilkan dengan labu kuning!

Baca juga: Resipi Kuih Onde-Onde gula Melaka yang Sedap & Lembut, Berikut adalah Tips supaya Kuih Tahan Lama & Tidak Mudah Rosak

resepi ONDE ONDE LABU

Bahan-bahan:

  • 1 cawan labu (yang telah direbus dan dihancurkan)
  • 1 ½ cawan tepung pulut
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • Sekeping garam
  • ¼ cawan air (jika perlu, tambahkan air sedikit demi sedikit)
  • 1 ketul gula melaka (potong kecil-kecil atau boleh menggunakan gula kerek)
  • ½ biji kelapa parut (dikukus terlebih dahulu)

Cara-cara:

  1. Campurkan labu, tepung pulut, tepung gandum, sedikit garam dan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat pada tangan.
  2. Ambil adunan sebesar ibu jari kemudian leperkan.
  3. Letakkan gula melaka atau gula kerek di tengahnya, kemudian tutup semula dan bentukkan menjadi bulat.
  4. Panas air hingga mendidih.
  5. Masukkan doh bulat ke dalam air yang mendidih. Apabila doh timbul, angkat dan toskan.
  6. Golek onde-onde dalam kelapa parut yang telah dikukus bersama sedikit garam.

Sumber: Zura Zul

Baca juga: Resipi Kuih Kasui Pandan Gedik & Kenyal, Tengah Kukus Harum Satu Rumah!

Scroll to Top