Sering kali terlihat penjaja menjual Puteri Ayu yang cantik dan gebu, hingga teringin untuk mencubanya di rumah. Sesungguhnya, terdapat resipi Puteri Ayu yang sangat mudah menggunakan sukatan cawan.
Puteri Ayu adalah salah satu kuih tradisional yang sering dinikmati pada bila-bila masa. Dalam acuan khas, kuih berwarna hijau yang dipenuhi dengan aroma pandan serta kelapa parut yang berlemak ini telah menarik perhatian ramai.
Untuk memudahkan anda menghasilkan kuih ini, ikutilah resipi Puteri Ayu sukatan cawan yang dikongsikan oleh Ezzattie Nasir di Facebook. Mari kita cuba bersama!
Baca juga: Perbezaan Butter dan Marjerin, Mana Yang Lebih Baik Untuk Menyediakan Kuih Atau Kek?
RESEPI PUTERI AYU SUKATAN CAWAN
Bahan A:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
Bahan B:
- 1 sudu kecil pewarna hijau
- 1 sudu besar ovalette
- 2 biji telur (gred A atau B)
- 1 cawan gula halus atau kastor
Bahan C:
Bahan untuk lapisan kelapa:
- Sebiji kelapa parut
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu besar tepung ubi kayu
Langkah-langkah penyediaan:
1. Pertama sekali, sapukan acuan dengan minyak dan kukus bahan lapisan kelapa selama 10 minit di atas api sederhana.
2. Selepas itu, ayak semua bahan A dan ketepikan buat seketika.
3. Seterusnya, pukul semua bahan B menggunakan mixer tangan pada kelajuan satu selama 5 minit hingga adunan menjadi putih gebu.
4. Kemudian, masukkan bahan C ke dalam adunan bahan B dan gaul hingga sebati.
5. Setelah itu, tambahkan bahan A dan pukul menggunakan mixer selama 1 hingga 2 minit sehingga menjadi sebati.
6. Seterusnya, panaskan pengukus.
7. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 8 hingga 10 minit di atas api sederhana. Siap!
Selepas menggunakan resipi Puteri Ayu sukatan cawan ini, kami percaya anda akan berpuas hati dengan hasil yang gebu dan aroma pandan yang menyegarkan.
Selamat mencuba!
Sumber: Ezzattie Nasir
Baca juga: Kuih Puteri Ayu Tanpa Gagal, Elakkan Langkah ‘Ini’ Agar Tidak Bantat